Home info Kerajaan Dijangka Umum Kenaikan Gaji Oktober Depan

Kerajaan Dijangka Umum Kenaikan Gaji Oktober Depan

8
0

LANGKAWI: Kerajaan akan menaikkan gaji kira-kira 1.6 juta penjawat awam dalam amaun kecil buat sementara waktu melalui Belanjawan Madani 2024 sebelum kenaikan berkala bagi setiap 10 tahun diselesaikan selewat-lewatnya tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gaji penjawat awam yang menjadi tunjang utama kerajaan itu sepatutnya telah dinaikkan dua tahun lalu, namun kerajaan ketika itu tidak melaksanakannya termasuk melakukan kajian mengenai skim gaji dan persaraan golongan itu.

Menurut Anwar, mesyuarat bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini mengesahkan tidak ada sebarang langkah dibuat oleh kerajaan terdahulu untuk melihat perkara tersebut termasuk mengadakan sekurang-kurangnya mesyuarat berkaitan perkara itu.

Pada 13 Julai lalu, Perdana Menteri memaklumkan skim gaji penjawat awam akan disaran dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaaan ekonomi negara dengan cadangan itu akan dikemuka dalam mesyuarat bersama KSN, Tan Sri Mohd. Zuki Ali dan KPPA, Datuk Dr. Zulkapli Mohamad sebelum pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Tambah Perdana Menteri, langkah kenaikan sementara itu diputuskan mengikut keperluan semasa kerana kerajaan memerlukan sedikit masa untuk mengkaji ratusan skim gaji dan persaraan penjawat awam yang terdapat di negara ini.

“Saya cuba dalam Belanjawan Madani Oktober nanti, kita naikkan dulu sedikit gaji sementara kita buat (kenaikan) menyeluruh yang boleh siap tahun depan. Kalau tidak mai ke Langkawi, Pegawai Daerah kata kaji lama dah nak tunggu kaji saya pencen dulu. – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here