Guru Usah Diam Dibuli Pelajar

    133
    0
    Kes buli

    Kes buli

    Guru yang dibuli pelajar dinasihat melaporkan ke Kementerian Pendidikan supaya siasatan dan tindakan dapat diambil. Guru yang dibuli pelajar biasanya jarang didengar, tetapi ada berlaku terutamanya di peringkat sekolah menengah.

    Kebiasaannya mereka ini mengugut guru dan mempunyai kumpulan gengster di luar.

    Sekiranya ada di kalangan guru yang mendapat ugutan disarankan membuat laporan segera.

    Printer Brother
    Iklan ยท Pautan afiliasi Shopee Lihat printer Brother di Shopee

    Buli guru

    Gantung Sekolah

    Pelajar yang dikenalpasti terlibat ini akan dimaklumkan kepada ibu bapa mereka, dan akan dikenakan hukuman gantung sekolah.

    Selain guru, kakitangan sekolah juga ada yang dibuli oleh pelajar.

    Antara tindakan jahat pelajar ini adalah merosakkan harta guru seperti mencalar dan memancitkan tayar kereta.

    Kadangkala guru mengambil tindakan berdiam diri kerana bimbang dengan keselamatan diri serta keluarga, dan tidak mahu membesarkan keadaan.

    Sekolah Jangan Sembunyi Maklumat

    Pihak sekolah hendaklah melaporkan secara telus masalah yang berlaku. Sekiranya ada kes segera melaporkan kepada jabatan.

    Kementerian juga tidak menyekat guru-guru yang ingin membuat laporan polis sekiranya mereka dibuli.

    Menurut Menteri Pendidikan lagi sekiranya pihak polis ingin mengendalikan kes buli ini, kita menyambut baik cadangan itu dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

    Tiada kompromi dengan pelajar yang menjadi pembuli dan terlibat dengan aktiviti gengsterisme.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here