Saps Ibu Bapa Semak Keputusan Peperiksaan

    68
    0

    Selaras dengan dunia ICT yang serba pantas, sistem pendidikan juga tidak ketinggalan dalam memanfaatkannya. Saps ibu bapa diwujudkan bagi memudahkan ibu bapa dan penjaga untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak mereka.

    Jika dulu perlu menunggu anak mereka membawa pulang Buku Rekod Pencapaian Murid, kini tidak lagi, penjaga boleh menyemaknya di hujung jari sahaja. Selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bidang pendidikan sangat dititik beratkan.

    Printer Brother

    Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Pelajar atau murid pun sekarang ni tidak boleh lagi nak ‘melindungi’ keputusan peperiksaan mereka, kerana semuanya secara online sahaja, sesiapa pun boleh cek markah mereka.

    Banyak kelebihan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini, selain melihat markah, anda juga boleh melihat kedudukan murid di dalam kelas dan kedudukan di sekolah.

    Cara Semak Keputusan Peperiksaan Murid di Saps Ibu Bapa.

    Bagaimana cara menyemak keputusan anak?
    Mudah sahaja, ikut langkah di bawah:
    Saps ibu bapa
    Cara mudah menyemak markah anak-anak di Saps Semakan Ibu bapa / Penjaga
    1. Sediakan No. Kad Pengenalan Anak anda terlebih dahulu.
    2. Buka laman web Saps Ibu Bapa
    Memandangkan KPM telah mengeluarkan laman web saps ini dari enjin carian google, anda mungkin mengalami kesukaran untuk membuka portal ini. Namun begitu jangan bimbang anda boleh klik sahaja pautan yang telah diberikan di atas.

    3. Masukkan No. Kad Pengenalan atau No. Sijil Lahir di ruang yang disediakan.
    4. Pilih Jenis Sekolah. Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah
    5. Pilih Tahun Peperiksaan. (Bukan Tahun Kelas) Contoh tahun ni: 2017
    6. Masukkan Kod Pengesahan. Kod pengesahan ni untuk kawalan keselamatan log masuk, nombor yang dipaparkan berubah-ubah.
    7. Tekan Semak. Slip Keputusan Peperiksaan akan dipaparkan setelah berjaya log masuk.
    Walaubagaimanapun, anda perlu pastikan terlebih dahulu sama ada pihak sekolah sudah membuat pengesahan atau belum. Sekiranya sudah baru boleh semak, jika belum kena tunggu pihak sekolah (SU Peperiksaan) buat pengesahan terlebih dahulu.
    saps semakan ibu bapa

    Jika paparan yang muncul seperti di atas ini, anda boleh klik sahaja menu Semakan Ibu Bapa di sebelah kiri bawah yang berwarna hijau itu, ia akan membawa anda ke website semakan.

    Sekiranya ada masalah untuk membuat semakan, anda boleh menghubungi pihak sekolah untuk mengajukan masalah anda. Selain itu, jika ada ‘Hari Bicara Mesra’ eloklah penjaga hadir ke sekolah bertemu dengan guru mata pelajaran khasnya untuk berbincang masalah anak-anak. Sokongan dari anda amatlah diharapkan bagi memastikan sistem pendidikan kita terus maju ke hadapan.

    Semoga tips dan panduan menyemak markah atau keputusan murid ini dapatlah membantu anda menggunakan Laman Web Saps Ibu Bapa ini dengan sebaiknya. Akhir sekali, admin doakan anda semua dipermudahkan urusan serta berjaya mendidik anak-anak ke jalan yang lurus.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here