Home info Semua Guru Adalah Guru Disiplin

Semua Guru Adalah Guru Disiplin

22
1

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10/2001: Semua Guru Adalah Guru Disiplin.

Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guru-guru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh-temeh.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.

Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di sebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar.

Surat Pekeliling Profesional Kementeiran Pelajaran Bil. 8/1968 mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan, ”….. tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah-masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa.

Hanya tatatertib yang berat yang harus diserahkan kepada guru-guru besar”. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah, Peraturanperaturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan, ”Adalah seperti tuan termaklum, satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menamakan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah.

Muat Turun Pekeliling: Semua Guru Adalah Guru Disiplin

Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja, bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan jangalah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja.

Sepatutnya, kesalahan yang berat sahaja yang harus diakukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan”. Oleh hal yang demikian adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukkan dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin yang tinggi.

Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan (preventive), didikan (educative), pembetulan (corrective), dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid.

Guru-guru hendaklah sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid.

Sementara itu, kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis, iaitu pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here