Home info 6 Pelajar MRSM Dibuli Senior

6 Pelajar MRSM Dibuli Senior

89
0
Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit menjadi mangsa buli apabila dipukul oleh 10 senior mereka kerana mangsa enggan meminjamkan kasut bola, awal bulan ini.
MRSM PARIT BULI
Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata kes itu membabitkan mangsa yang kesemuanya berusia 14 tahun yang dipukul pelajar senior berumur 15 dan 16 tahun.
Menurut Mohamad Zainal, pihaknya menerima enam laporan polis mengenai kes buli itu pada 6 Mei lepas.
“Setakat ini tiada kecederaan serius dilaporkan, malah 10 pelajar yang terlibat telah digantung sekolah. Kita juga telah merakam percakapan daripada 10 suspek untuk siasatan mengikut Seksyen 147 kerana mendatangkan kecederaan,” katanya dalam media di Parit hari ini.
Menurutnya, polis telah mengambil tindakan berlandaskan undang-undang manakala pihak sekolah juga telah memberi kaunseling kepada kesemua pelajar yang terlibat.
​​”Ibu bapa kepada pelajar yang terlibat juga diminta tidak melakukan tindakan terburu-buru sehingga boleh mengganggu siasatan polis,” katanya.
– BERNAMA
Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here