Home Berita Guru Bersara di Melaka Terima RM500

Guru Bersara di Melaka Terima RM500

10
0
AYER KEROH: Kerajaan Melaka berbesar hati menyumbang RM500 kepada setiap 449 guru yang bakal dan sudah bersara sepanjang tempoh Januari hingga Disember ini, bersempena Hari Guru tahun ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata ‘buah tangan’ itu akan diserahkan secara tunai oleh wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai tanda penghargaan sepanjang tempoh perkhidmatan warga pendidik itu. 
Guru Melaka

“Sebelum ini, apa yang kita beri sebagai tanda terima kasih kepada guru bersara adalah sekeping sijil dan plak, jadi kali ini kita putuskan untuk memberi RM500 sebagai hadiah daripada kerajaan negeri kepada mereka. “Mereka yang terbabit adalah seramai 449 guru bersara pada 1 Januari hingga 31 Disember 2017, dan hadiah ini akan diserahkan oleh setiap wakil rakyat di DUN masing-masing, sebelum Aidilfitri,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Guru dan Meraikan Persaraan Warga Pendidik Negeri Melaka 2017 di Seri Negeri, di sini, hari ini. Pada majlis bertemakan Guru Pembina Negara Bangsa itu, empat pesara guru dinobatkan sebagai Tokoh Guru Melaka 2017 masing-masing Dr Rosnanaini Sulaiman, 62, Suboh Ma’soom, 63, Kamaruddin Abdullah, 73, dan Othman Rejap, 71. 

Sementara itu, Idris berkata seorang guru perlu menjadi teladan dan berakhlak mulia supaya dapat menjadi ikutan dan contoh yang baik kepada pembentukan akhlak dan sahsiah diri pelajar. “Jika ada guru yang tidak dapat meletakkan taraf guru (akhlak baik) di satu tempat yang disanjungi pelajar, mungkin banyak (guru) perlu dibaiki umpama guru tidak boleh memaki hamun kerajaan dan mengutuk usaha kerajaan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here