Home info UPSR Tidak Akan Dikembalikan – Menteri Pendidikan

UPSR Tidak Akan Dikembalikan – Menteri Pendidikan

2
0

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, menegaskan bahawa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak akan dikembalikan walaupun terdapat permintaan dari ibu bapa yang ingin melihatnya dijalankan semula. Beliau menyatakan bahawa pada masa ini, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang memberi tumpuan kepada kurikulum 2027 melalui jelajah atau perjalan untuk mendapatkan pandangan umum mengenai kurikulum pendidikan yang baharu.

“Kita minta ibu bapa beri tumpuan kepada jelajah dah jerayawara ini kerana kita mahu libat urus yang meluas untuk input-input memperkukuhkan sistem pendidikan negara.

“Sekarang ini kita nak beri tumpuan kepada pentaksiran holistik kepada anak-anak kita khususnya pembangunan mereka secara keseluruhan bagi memastikan mereka (karakter) boleh diperkukuh,” katanya ketika ditemui media di sini, pada Sabtu.

Sebelum ini, Fadhlina, yang juga merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal, hadir dalam Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Taman Pekaka Seberang Perai Selatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah di sini.

Hadir sama, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin.

Pada 28 April tahun lalu, Menteri Kanan Pendidikan pada masa itu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, mengumumkan pemansuhan sepenuhnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), dan pada tahun yang sama, Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) juga turut dibatalkan.

Sejajar dengan pemansuhan tersebut, Mohd Radzi menyatakan bahawa pihaknya akan melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk menilai pencapaian murid dan pelajar yang terlibat.

UPSR diperkenalkan pada tahun 1988 dengan fokus utama pada 4M, iaitu membaca, menulis, mengira, dan menaakul. PT3 Pula dilaksanakan mulai tahun 2014 sebagai pengganti Penilaian Menengah Rendah (PMR).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here