Petang tadi terbaca satu ‘screenshot’ persoalan seorang penjaga yang mengutarakan pandangan berkenaan mengapa pihak sekolah atau ppd tidak membekalkan peralatan seperti Magic Color kepada murid.

Memang pihak sekolah tidak membekalkan alat tulis kepada setiap murid, apatah lagi alatan sampingan seperti pensil warna atau Magic Color. Hal ini kerana, tiada peruntukkan untuk perkara tersebut dari KPM.

Namun begitu, terdapat juga sekolah-sekolah yang menerima sumbangan dari individu atau syarikat luar yang menderma untuk keperluan murid. Ia dari pelbagai bentuk, ada yang beri dalam bentuk pakaian, wang, alat tulis, buku dan sebagainya.

Peruntukkan yang ada dibawah KPM pula biasanya khas untuk pelajar miskin seperti KWAMP, RMT dan Bantuan awal persekolahan.

Selain daripada itu, terdapat juga guru-guru yang berbesar hati membeli sendiri keperluan anak muridnya menggunakan wang sendiri.