Home info Kebenaran Pemakaian Pakaian Tradisi Mengikut Kaum Dalam Aktiviti Kebudayaan dan Kesenian

Kebenaran Pemakaian Pakaian Tradisi Mengikut Kaum Dalam Aktiviti Kebudayaan dan Kesenian

72
0

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEBENARAN PEMAKAIAN PAKAIAN TRADISI MENGIKUT KAUM DALAM AKTIVITI KEBUDAYAAN DAN KESENIAN DI SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian isu tular mengenai kebenaran pemakaian pakaian tradisi mengikut kaum dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian yang melibatkan murid-murid di institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Berdasarkan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 3/1984: Garis Panduan Mengenai Aktiviti-Aktiviti Kebudayaan di Sekolah-Sekolah, murid-murid dibenarkan untuk memakai pakaian tradisi yang bersesuaian dan sopan sewaktu menghadiri aktiviti kebudayaan dan kesenian.

 

Muat Turun Kenyataan Media

Merujuk kepada isu tular yang dilaporkan oleh beberapa portal berita, pihak sekolah terbabit telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan perbincangan bersama wakil ibu bapa dan murid-murid.

Penambahbaikan kepada penganjuran aktiviti yang dirancang telah dilakukan oleh pihak sekolah dan isu yang berbangkit dapat diselesaikan dengan baik. Murid-murid sekolah terbabit dibenarkan untuk memakai pakaian tradisi mengikut kaum masing-masing dan pakaian tradisi kaum lain.

Kebenaran juga diberi kepada murid-murid untuk memakai hiasan tambahan seperti gelang, rantai dan aksesori mengikut kesesuaian pakaian tradisi.

KPM sentiasa menggalakkan penglibatan murid-murid dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian yang bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. 

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

21 SEPTEMBER 2023 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here