Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) telah pun memberi maklum balas kepada NUTP berkenaan Mesyuarat Pertama Sesi Persekolahan 2020.

Berdasarkan surat yang bertarikh 2 Disember 2019 tersebut, KPM sentiasa prihatin dan mengutamakan kebajikan guru, KPM telah memutuskan bahawa mesyuarat persediaan penggal persekolahan bagi sesi 2020 hendaklah diadakan selepas 26 Disember 2019.

Berdasarkan surat tersebut juga, hal berkenaan tarikh mesyuarat persediaan persekolahan 2020 telah diputuskan di dalam Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bil. 4/2019 pada 3 hingga 4 November 2019 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan turut dihadiri oleh semua Pengarah Pendidikan Negeri.

Berikut merupakan surat yang telah diterima oleh NUTP dari BPSH:

Surat mesyuarat selepas 26

Diharap dengan adanya surat ini ia menjadi panduan bagi pihak pentadbir untuk memilih tarikh yang sesuai bagi mengadakan mesyuarat pengurusan persediaan 2020.