Kenaikan Gaji Tahunan bagi penjawat awam adalah berbeza bagi setiap Gred, bagi warga pendidikan di sekolah mereka dilabel Gred DG. DG pula ada banyak dari 29 hinggalah 54. Sebenarnya ada lagi yang lain iaitu:

  • DH
  • DM
  • DS
  • DU
  • DUF
  • DUG
  • DV

Baca Juga: Kadar Elaun Penjawat Awam

Berdasarkan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (2016) bagi Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Pengurusan dan Profesional kadar kenaikan Gaji Tahunan adalah seperti berikut:

GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
DG41 RM2188 RM9552 RM225
DG42 RM2188 RM9552 RM225
DG44 RM3559 RM10414 RM250
DG48 RM5125 RM11640 RM270
DG52 RM5756 RM12354 RM290
DG54 RM6080 RM13144 RM320

Manakala untuk Kumpulan Pelaksana adalah:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


GRED GAJI GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
DG29 RM1698 RM5717 RM145
DG32 RM2848 RM6077 RM155
DG34 RM3521 RM6457 RM165
DG38 RM3604 RM7831 RM195
DG40 RM4992 RM8978 RM225

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u