Home info Perubahan Tarikh 1 Muharram Kepada 22 Sept 2017

Perubahan Tarikh 1 Muharram Kepada 22 Sept 2017

7
0

Tarikh 1 Muharram 1439H bagi tahun 2017 adalah pada 22 September 2017. Perkara ini sebenarnya telah dimaklumkan pada bulan Januari 2017 lagi berkenaan perubahan tarikh dari 21 Sept ke 22 Sept.

Mungkin ada yang tidak perasan kerana jika berpandukan ‘Kalendar Kuda‘ tarikh 1 Muharram adalah pada 21 Sept 2017 iaitu pada hari Khamis.

Kalendar september 2017

Namun begitu Jakim telah mengeluarkan kenyataan media bahawa berlaku ralat teknikal, berikut adalah Kenyataan Media Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berkenaan Tarikh Awal Muharram 1439H

 Sukacita Jakim merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM)  mengenai perkara berkaitan.

Adalah dimaklumkan bahawa perubahan tarikh 1 Muharram 1439H dalam kalendar dari 21 September kepada 22 September 2017.

Perubahan ini adalah ralat yang berbentuk teknikal yang telah disemak dan diperakukan oleh Panel Pakar Falak Jakim semasa meneliti semula data bulan Zulhijjah 1438H awal tahun ini.

Sekian.

TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
19 Januari 2017

Memandangkan tarikh 22 Sept jatuh pada hari Jumaat, maka terdapat negeri yang akan bercuti pada hari Ahad seperti Negeri Johor dan Kedah.

TARIKH AWAL MUHARRAM 2017

 

1 MUHARRAM 1439H
22 SEPTEMBER 2017 (JUMAAT)

Pada minggu tersebut juga merupakan Sabtu ke-4, mungkin ada sekolah yang telah merancang program, tetapi lebih baik dikosongkan kerana ada cuti 3 hari pada minggu tersebut. Walaubagaimanapun tertakluk kepada keputusan pihak sekolah.

Semoga info dan maklumat ini membantu anda dalam merancang cuti anda. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here