Beberapa hari lepad tular berkenaan susu yang dibekalkan kepada sekolah telah menggunakan pelekat khas yang mana menutup kotak asal yang mempunyai logo 1Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Kenyataan Media berkenaan isu berkenaan.

Berdasarkan kenyataan media tersebut, KPM tidak pernah memberikan kebenaran untuk menggunakan pelekat khas ke atas kotak susu tersebut.

Sehubungan itu, Menteri Pendidikan telah mengarahkan siasatan dan arahan pemberhentian serta merta edaran dan pembelian susu ini telah dikeluarkan oleh KPM pada 21 Jun 2019.

KPM memandang serius isu ini kerana melibatkan integriti pelaksanaan inisiatif KPM. Perbuatan ini menimbulkan kesangsian rakyat terhadap kualiti susu yang dibekalkan kepada murid-murid di sekolah.

Berikut adalah Kenyataan Media:

 


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Susu guna pelekat

Semoga info dan maklumat ini dapat menjelaskan kekeliruan orang ramai terhadap isu pengedaran Susu Sekolah ini.