Dari Facebook Menteri Pendidikan
Kes pelajar memukul pelajar lain yang viral di media sosial melibatkan sebuah sekolah di Sabah. Untuk makluman, sekolah tersebut adalah di bawah bidang kuasa dan seliaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah ( JAHEAINS ). Justeru KPM menyerahkan kepada pihak JAHEANIS untuk tindakan lanjut.
• Meskipun begitu, saya ingin menasihatkan para pelajar semua agar tidak bertindak melampaui batas dan menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di antara mereka. Rujuk guru atau ibu-bapa anda untuk mendapatkan bantuan menyelesaikan masalah. •
Video yang viral tersebut boleh dilihat di: VIDEO KES PUKUL SABAH