Hari ini dalam Akhbar Sinar Harian bertarikh 23 April 2019 disiarkan wawancara bersama Datuk Dr. Amin Senin mengupas tajuk menarik yang menjadi muka hadapan, iaitu berkenaan “Beban Tugas Guru”, Nasihat kepada Pengetua, Guru Besar.

Beliau selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia menyatakan guru tidak harus dibebankan dengan kerja pentadbiran yang diluar tugas hakiki.

Dalam wawancara itu juga, Datuk Dr Amin Senin berharap 10,500 pengetua dan guru besar seluaruh negara dapat membuat pengubahsuaian yang tidak terlalu membebankan guru dengan kerja-kerja pentadbiran.

Januari 2019 Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik telah mengumumkan pemansuhan penggunaan Buku Jadual Kedatangan Murid di mana ia menjadi sejarah yang selama ini membebankan guru, khususnya guru kelas.

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia menasihatkan semua Pengetua dan Guru besar menilai semula agihan tugas yang diberikan kepada guru agar tidak menjejaskan tugas hakiki sebagai seorang pendidik.

Di dalam Akhbar Sinar Harian hari ini juga, turut disertakan pandangan dari Setiusaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Harry Tan, pihaknya mengalu-alukan saranan Kementerian Pendidikan agar Pengetua dan Guru Besar tidak memberikan tugas yang banyak kepada guru, namun begitu tidak mahu masyarakat melabel guru sebagai malas dan lari dari tugas.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Beban tugas guru

Petikan Akhbar Sinar 23 April 2019

Seharusnya masa yang terluang digunakan guru-guru untuk membuat persediaan mengajar supaya lebih mantap dan tersusun.

Antara senarai tugas yang tidak sepatutnya dilakukan seperti:

  • Buat penilaian laporan
  • Mengisi borang denggi
  • Pelaporan pegawai keselamatan
  • Jaga Kantin
  • Jaga tandas
  • Hantar murid sakit ke Hospital
  • Pengisian borang yang tidak relevan bawah Program nadi Ilmu Amalan Membaca
  • Menganjurkan majlis graduasi
  • Latihan dalam perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan opsyen guru.

Berdasarkan daripada aduan rakan-rakan guru, ramai guru dibebankan dengan kera-kerja sampingan yang sebenarnya bukan tugas mereka seperti, menceriakan sekolah, menghantar murid, membaik pulih kerosakan, mengecat banggunan dan sebagainya.

Guru juga selalu dikehendaki hadir ke sekolah pada hari cuti, semata-mata untuk membuat kerja-kerja tersebut. Ini akan mengganggu kehidupan guru tersebut yang juga mempunyai masa untuk keluarga.

Diharap pihak sekolah dapat mendengar nasihat yang diberikan oleh KPPM ini agar bebanan tugas guru dapat dikurangkan sekaligus dapat memberi ruang kepada guru fokus kepada PdPc mereka.

Bagi yang belum mendapatkan Sinar Harian hari ini boleh dapatkan surat khabar ini hari ini.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u