Berikut merupakan Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan Isu Matrikulasi

Kementerian pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian serius terhadap pelbagai isu berbangkit mengenai kemasukan ke program Matrikulasi KPM.

Berdasarkan keperluan KPM kekal dengan dasar asal iaitu 90% peritus tempat untuk pelajar bumiputera dan 10 % bagi bukan bumiputera. Tahun ini penambahbaikan telah dibuat iaitu di samping mengekal dasar 90:10, pengambilan memberikan peluang tempat kepada 60% pelajar dari keluarga berpendapatan rendah B40.

Oleh itu KPM, telah melihat semula semua cadangan termasuk cadangan penambahan kuota kaum bukan bumiputera yang perlu selaras dengan dasar asal 90:10. Hanya terdapat 22,500 sahaja kapasiti pengambilan keseluruhan setiap tahun. Jadi dasar semasa adalah 22,500 untuk pelajar bumiputera dan 2,500 untuk bukan bumiputera. Program ini diwujudkan asalnya adalah untuk bumiputera sahaja.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


kuota matrikulasi

Sehubungan itu, YB Menteri Pendidikan akan membawa isu ini untuk perhatian Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu ini, 24 April 2019 bagi mendapatkan keputusan sewajarnya.

Mengambil kira pandangan semua pihak, KPM akan memastikan isu ini ditangani dengan cermat bagi mendapatkan jalan penyelesaian terbaik melalui saluran yang tepat.

Semoga isu ini akan dibincangkan dengan lebih teliti dan terbuka.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u