Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Takwim Persekolahan 2018 untuk digunakan pada tahun hadapan. Takwim ini juga membantu para pentadbir dan guru-guru dalam merancang aktiviti, program atau majlis agar lebih tersusun.

Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk membuat kalendar 2018 yang dilengkapi dengan cuti sekolah. Takwim ini akan dijadikan sebagai rujukan bagi memastikan kalendar dan cuti persekolahan bertepatan berdasarkan tarikh yang telah ditetapkan.

Takwim Kumpulan A dan Kumpulan B

Terdapat perbezaan antara 2 kumpulan ini:

  • Negeri Kumpulan A: Kedah, Johor, Kelantan, Terengganu
  • Negeri Kumpulan B: Selain Kumpulan A

Kumpulan ini wujud kerana perbezaan hari cuti hujung minggu pada negeri tersebut. Kumpulan A ialah negeri yang cuti Jumaat Sabtu, manakala kumpulan B negeri yang cuti Sabtu Ahad. Rujuk: Perbezaan Cuti Bagi Negeri-Negeri

Panduan Merancang Takwim Persekolahan

Untuk merancang takwim, anda memerlukan beberapa perkara berikut:

  • Takwim Persekolahan 2018 KPM.
  • Takwim Peperiksaan 2018 KPM.
  • Takwim Cuti Sempena Perayaan 2018.
  • Kalendar 2018 yang ada cuti sekolah.
  • Tarikh Cuti umum dan Cuti Am Negeri.
  • Takwim sekolah¬† 2017 sebagai rujukan.
  • Senarai program dan aktiviti wajib dilaksanakan di sekolah.
  • Senarai Ujian atau Peperiksaan yang ingin dilaksanakan.

Penggal Persekolahan Tahun 2018

Kepada yang ingin mendapatkan takwim 2018 versi pdf bolehlah dapatkannya di pautan berikut:

Takwim Persekolahan 2018

Analisa Cuti dan Hari Bersekolah 2018

Kumpulan A akan memulakan sesi persekolahan lebih awal iaitu pada 01.01.2018 iaitu Hari Isnin, manakala Kumpulan B akan mula bersekolah pada 02.01.2018 Hari Selasa. Rujuk gambar di bawah:

Takwim Persekolahan 2018 kumpulan B

Cuti Pertengahan Penggal Pertama: 1 Minggu

  • Kumpulan A: 16.03.2018 Hingga 24.03.2018
  • Kumpulan B: 17.03.2018 Hingga 25.03.2018

Cuti Pertengahan Tahun: 2 Minggu

  • Kumpulan A: 08.06.2018 Hingga 23.06.2018
  • Kumpulan B: 09.06.2018 Hingga 24.06.2018

Cuti Pertengahan Penggal Kedua: 1 Minggu

  • Kumpulan A: 17.08.2018 Hingga 25.08.2018
  • Kumpulan B:¬†18.08.2018 Hingga 26.08.2018

Cuti Akhir Tahun

  • Kumpulan A: 23.11.2018 Hingga 31.12.2018
  • Kumpulan B: 24.11.2018 Hingga 31.12.2018

Selain daripada cuti di atas, terdapat juga cuti sempena perayaan yang turut diberikan oleh KPM dan melibatkan semua sekolah iaitu:

  • Cuti Sempena Hari Raya Aidilfitri
  • Cuti Sempena Tahun Baru Cina
  • Cuti Sempena Hari Deepavali

Semua sekolah akan bercuti mengikut ketetapan yang telah dikeluarkan KPM dan ia tidak perlu diganti. Manakala di Sawarak pihak sekolah akan memohon cuti peristiwa pada Hari Deepavali kerana di sana bukan cuti umum.

Manakala jumlah hari wajib bersekolah adalah 190 hari, jika ada sekolah yang kurang ia perlu diganti.

Semoga informasi yang bermanfaat ini sedikit sebanyak dapat membantu dan memudahkan anda membuat perancangan terutamanya merancang Takwim Sekolah untuk tahun 2018.

 

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: