eprestasi merupakan salah satu aplikasi KPM di bawah Sistem Maklumat Guru. Jika sebelum ini penilaian guru menggunakan sistem Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT), kini guru akan dinilai menggunakan instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) yang mana telah dilaksanakan sepenuhnya bermula 2016.
Mungkin bagi guru baharu masih kabur lagi apakah maksud PBPPP ini. Penilaian ini merupakan suatu penilaian berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) berdasarkan standard prestasi yang telah ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 –2025.
Laman Web ePrestasi
Untuk Log Masuk ke laman web eprestasi anda boleh ke potal berikut:
Taip eprestasi.moe.gov.my atau menggunakan pautan di bawah
LAMAN WEB |
eprestasi.moe.gov.my |
PBPPP memberi fokus kepada elemen:
- Kompentensi
- Potensi
- Keberhasilan
Ia berasaskan Gred dan Jawatan, serta mengikut konsep berasaskan bidang tugas dan tempat bertugas. Penilaian ini diwujudkan berdasarkan
Anjakan 4: Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan berasaskan kompetensi.
Anjakan 5: Kepimpinan berprestasi tinggi, dengan memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan dan penggantian bagi pengetua dan Guru Besar mulai 2013.
Berikut adalah proses kerja penilaian komponen keberhasilan sepanjang tahun:
Matlamat Pelaksanaan PBPPP adalah:
- Meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berprestasi tinggi.
- Penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi dan potensi serta keberhasilan guru.
Objektif PBPPP adalah:
- Menilai kompetensi dan potensi pegawai yang dinilai.
- Menilai keberhasilan kerja pegawai yang dinilai.
- Mengenalpasti kompetensi dan potensi pegawai yang dinilai agar membolehkan pembangunan profesionalisme berteruskan dilaksanakan.
- Mengenal pasti keperluan untuk pembangunan laluan kerjaya.
Pelaksanaan PBPPP ini adalah diwajibkan kerana ia turut memberi implikasi kepada perkhidmatan seperti kenaikan pangkat, kemajuan kerjaya dan sebagainya.
Sebelum penilaian dibuat, penilai perlu memastikan perkara berikut telah diwujudkan.
Penubuhan Jawatankuasa
- Senarai Semak Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan:
- Memastikan fail pengurusan PBPPP telah disediakan.
- Memastikan penerimaan Surat Arahan Pelaksanaan PBPPP daripada KSU.
- Menubuhkan Jawatankuasa PBPPP organisasi.
- Memastikan lantikan Jawatankuasa didaftarkan dalam sistem ePrestasi.
- Menghantar pelantikan Jawatankuasa organisasi untuk pengesahan organsasi yang menyelia dalam eprestasi.
- Memastikan Jawatankuasa disahkan oleh organisasi yang menyelia juga di dalam eprestasi.
- Mencetak Senarai nama Jawatankuasa organisasi dari sistem e prestasi dan masukkan ke dalam fail.
- Mengesah dan mengedarkan senarai Jawatankuasa kepada AJK PBPPP.
- Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa organisasi.
Penetapan Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Yang Dinilai (PYD)
- Membuat penetapan PP bagi setiap PYD.
- Memastikan penetapan dan pelantikan PP1 dan PP2 didaftarkan.
- Memastikan pelantikan PP1 dan PP2 disahkan oleh organisasi yang menyelia.
- Mencetak, mengesah dan mengedarkan senarai PP.
- Memaklumkan kepada PYD pelantikan PP yang akan menilai.
- Jadual penjajaran masa penilaian.
- Bukti PP mempunyai instrumen PBPPP, GP Instrumen, Panduan Pegawai Penilai, GP Komponen Keberhasilan.
Adakah eprestasi pbppp ini memainkan peranan penting buat guru?
Ya, ia sangat penting kepada yang ingin memastikan kerjayanya di dalam bidang pendidikan terus meningkat naik dan berkembang. Mungkin ada di kalangan kita yang berminat untuk naik ke PPD, JPN atau KPM atau memohon Guru Cemerlang. Semua ini memerlukan markah prestasi yang cemerlang agar laluan untuk memperkembangkan kerjaya lebih luas.