PAJSK

PAJSK bermaksud Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum bagi murid di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Pentaksiran kokurikulum ini sebenarnya berperanan besar kepada murid kerana ia mewakili 10% merit untuk ke IPTA atau Universiti Awam UA serta membantu merit untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM.

Jika sebelum ini, aktiviti kokurikulum dianggap sebagai hanya pelengkap sahaja, namun dengan persaingan yang cukup ramai menjadikan PAJSK ini perkara penting.

Apakah perkara yang dinilai di dalam PAJSK ini?

Terdapat 3 Komponen iaitu:

  1. Segak
  2. Kokurikulum : Kelab Persatuan, Unit Beruniform, Sukan Permainan
  3. Ekstra Kurikulum

Ujian Segak

Ujian Segak ini biasanya diuruskan oleh Guru Pendidikan Jasmani dan selalunya dilakukan pada bulan Mac dan Ogos. Ia merupakan satu Set Ujian Standard Kecergasan Fizikal untuk mengukur tahap kecerdasan fizikal murid berdasarkan kesihatannya.

Kokurikulum

Bermula 2005 setiap murid wajib mengikuti 3 aktiviti kokurikulum berikut:

  • Kelab/ Persatuan
  • Pasukan badan Beruniform
  • Sukan Permainan

Aspek yang dinilai antaranya adalah penglibatan, penyertaan dan prestasi. Oleh itu murid perlulah aktif mengetengahkan diri untuk memegang jawatan penting di dalam kelab atau persatuan. Menyertai aktiviti dan program yang dianjurkan sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri ataupun kebangsaan.

Selaian daripada itu, aspek kehadiran juga amat penting, ia mempunyai markah yang tinggi dalam penilaian ini. Ia bertujuan untuk menggalakkan murid hadir ke perjumpaan kokurikulum.

Bagi sekolah yang membuat Aktiviti Kokurikulum pada hari Sabtu, biasanya kehadiran murid amatlah rendah terutamanya di negeri yang cuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

Ekstra Kurikulum

Ekstra kurikulum pula adalah mereka yang melibatkan diri dalam aktiviti atau kegiatan sukarela di luar waktu persekolahan ke arah pembentukan peribadi terpuji.

Terdapat 5 elemen yang di lihat iaitu:

  • Perkhidmatan; Jawatan yang disandang seperti Ketua Murid, Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan sebagainya.
  • Anugerah Khas; Anugerah Remaja Perdana (ARP), Anugerah Pengakap Raja, Pandu Puteri Raja
  • Khidmat Masyarakat; Aktiviti kejiranan, aktiviti alam sekitar, aktiviti kerohanian, aktiviti bencana alam
  • Nilam; Nadi Ilmu Amalan Membaca, sebuah program galakan membaca di kalangan murid. Contoh pengiktirafan program nilam Sekolah Rendah.
JUMLAH BUKU PENGIKTIRAFAN
90-179 GANGSA
180-269 PERAK
270-359 EMAS
360- Ke Atas NILAM
  • Timms dan Pisa;┬áThe Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) merupakan ujian bagi menguji tahap penguasaan murid sekolah menengah terhadap matapelajaran Sains dan Matematik. Programme for International Student Assessment (PISA) pula menguji keupayaan dan penguasaan murid juga berkaitan subjek Sains, Matematik dan kemahiran membaca khusus kepada murid-murid berumur 15 tahun ke bawah. Kedua-dua ujian ini diiktiraf sebagai aktiviti kokurikulum, manakala penyertaan dan┬ápencapaian murid ditaksir sebagai markah ekstra kurikulum pada tahun semasa sahaja.

PAJSK ini diisi secara online dan offline (https://www.pendidik2u.my/pajsk-offline/) , untuk pengisian secara atas talian Laman Web tersebut ialah seperti berikut:

LAMAN WEB MOE
pajsk.moe.gov.my

RENDAH

MENENGAH

Nama dan data murid adalah seperti yang direkod di dalam APDM oleh pihak sekolah.

Manakala untuk Offline pula menggunakan Buku Rekod dan Rumusan PAJSK.

Buku PAJSK

Selain daripada program di bawah KPM, kementerian juga mengiktiraf aktiviti di bawah agensi luar seperti anjuran NGO, Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Badan Amanah, Syarikat Awam dan Syarikat Swasta.

Oleh yang demikian, ibu bapa khususnya, perlu menggalakkan anak-anak mereka menceburi aktiviti kokurikulum di sekolah. Ia bukan sahaja penting malah dapat meningkatkan kemahiran Soft Skill, disiplin, kepimpinan, sahsiah diri dan sebagainya. Semoga program PAJSK ini sedikit sebanyak membantu melahirkan generasi yang berguna pada masa akan datang.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: