Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengumumkan bahawa keputusan SPM 2023 akan diumumkan pada 27 Mei 2024 ini.
Terdapat cadangan dari beberapa Kesatuan Guru yang menggesa KPM mengubah tarikh tersebut kepada lebih awal iaitu 23 Mei 2024.
Namun begitu, keputusan Kementerian untuk memilih tarikh 27 Mei adalah berdasarkan ketetapan tempoh yang diperlukan untuk memproses keputusan peperiksaan dengan teliti dan tepat.
SUMBER: Facebook Rasmi KPM
Oleh yang demikian, pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan tetap dilaksanakan pada 27 Mei 2024.
Calon digalakkan untuk menyemak keputusan masing-masing secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my
mulai 27 Mei 2024, pukul 10.00 pagi sehingga 2 Jun 2024, pukul 6.00 petang.
Calon juga boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Sistem ini akan diaktifkan mulai 27 Mei 2024, pukul 10.00 pagi sehingga 2 Jun 2024, pukul 6.00 petang.
Calon yang menghadapi isu akses boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing atau di sekolah yang berdekatan.