Egtukar

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam kenyataan terbaru Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Chong Sin Woo berkata, KPM akan menurunkan kuasa pertukaran guru kepada JPN dan PPD.

“Pihak JPN dan PPD lebih memahami keperluan di peringkat bawah sekaligus memudahkan urusan kelulusan pertukaran guru” – Datuk Chong

“Malah, kita juga sedang mengkaji kaedah sesuai dan ia dijangka akan dilaksanakan tahun depan,” katanya selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri JPN Negeri Sembilan di Seremban, hari ini.

Sebelum ini, kita mendengar di sidang media KPM akan mewujudkan One Stop Center di KPM bagi menguruskan eGtukar guru.

KPM sekarang ini dalam usaha untuk menyelesaikan masalah Guru Duka Lara iaitu pasangan guru yang tinggal berjauhan.

Mungkin ada pro dan kontranya apabila kuasa diberikan kepada JPN dan PPD.

Antara perkara yang dibimbangi ialah, masalah PPD yang tidak mahu melepaskan guru mereka kerana faktor kekurangan guru.

Mereka yang dipertimbangkan masa sesi Jun juga ada yang membuat rayuan hingga ke peringkat KPM.

Kita berharap KPM memantau JPN dan PPD dalam memastikan proses pertukaran guru lebih telus dan tersusun.

Pemohon egtukar tahun 2017 boleh menunggu Keputusan egtukar sesi Oktober dan sesi Januari 2018.