Kenyataan Media Elaun PISMP Dihentikan

Elaun pelajar PISMP dimansuhkan? Dihentikan? Beberapa hari lepas tersebar berita mengenai pelajar di IPGM tidak lagi akan menerima bayaran elaun. Hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan perkara ini seperti berikut:

Elaun pismp

 

Mungkin banyak spekulasi timbul berkenaan pemansuhan elaun sara hidup pelajar PISMP ini.

Oleh itu untuk maklumat yang jelas dan tepat adalah seperti di Kenyataan Media. Perkara yang perlu anda ketahui adalah seperti berikut:

  • Bagi pelajar IPG, PPISMP ambilan Jun 2017 elaun sara hidup (RM430 sebulan) dan belanja pergi balik akan terus dibayar sehingga tamat tempoh pengajian iaitu 1 tahun.
  • Pelajar IPG sedia ada iaitu yang sebelum ambilan Jun 2017 akan terus menerima elaun yang telah ditetapkan RM430 sebulan sehingga tamat pengajian. Bayaran belanja pergi balik maksimum RM500 untuk sekali setahun sepanjang tempoh pengajian.
  • Bagi pelajar ambilan Jun 2017 yang menyambung pengajian ke peringkat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP 4 Tahun) tiada elaun sara hidup diberikan mulai ambilan Jun 2018.
  • Namun begitu, yuran pengajian RM27,831.00 ditanggung penuh oleh kerajaan Malaysia.
  • Pelajar yang memerlukan wang untuk menyara hidup boleh memohon PTPTN.
  • IPGM juga telah berbincang hal ini, agar menyenaraikan IPG sebagai salah satu agensi penerima PTPTN.

Apa kata netizen berkenaan isu elaun PISMP ini? Pelbagai komen dan respon yang kita boleh lihat dari pelbagai sudut.

Ada yang memberi komen positif ada juga negatif, boleh rujuk di bawah:

Negara sudah tenat, pendidikan bukan lagi percuma, semua benda nak kena bayar.

Pandai-pandailah simpan duit, mujur yuran pengajian masih ditanggung, kalau kat IPT lain semua bayar..

Mana pergi hasil kutipan GST? kata dapat berbilion-bilion??

Ambil PTPTN pastu angkat iPhone 7. Takkan tu pun tak reti.

Bersyukurlah dengan apa yang ada, dah korang punya rezeki hanya itu..

Itu baru sebahagian sahaja komen, ada beribu komen yang ada anda boleh baca di media sosial.

Mungkin ada yang tidak mahu mengambil pinjaman PTPTN kerana merasakan PTPTN akan mencekik darah nanti.

Sebenarnya sekiranya ingin membuat pinjaman pendidikan, PTPTN lah yang paling rendah kadar keuntungannya iaitu 1% dengan pelan ujrah.

Sekiranya anda ingin mencari alternatif selain PTPTN, mungkin boleh cuba:

  • Bantuan Zakat Negeri
  • Pembiayaan Yayasan Negeri, seperti Yayasan Pahang, Yayasan Johor.
  • PAMA : Papa dan Mama, bagi keluarga yang berkemampuan mungkin tidak perlu membuat pinjaman.

Biasanya kehidupan sebagai pelajar ni kena bijak uruskan kewangan. Sebab tu ramai yang buat kerja part time, ada yang jadi dropshipper jual kat Fb, IG dan sebagainya.

Ada juga yang buat bisnes kereta sewa, niaga burger, part time kedai makan dan macam-macam lagi.

Semoga bakal-bakal guru ini dapat mengurus kewangan dengan bijak. Semoga pemansuhan elaun sara hidup pismp ini tidak menjejaskan pembelajaran anda, nak dapatkan segulung ijazah itu tidaklah semudah yang kita sangka, perlu pengorbanan tenaga, wang ringgit dan masa.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u

Leave a Reply