Sidang Media YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan mengenai isu penyelewengan pemberian kontrak pembekalan tenaga solar sekolah-sekolah di Sarawak.
11 Jun 2018
Dalam sidang media tersebut beliau mendedahkan terdapat laporan isu penyelewengan dalam projek pemasangan panel solar di 369 sekolah di pedalaman Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Projek tanpa tender terbuka itu dianugerahkan kepada syarikat yang berpangkalan di Bintulu, Jepak Holdings Sdn Bhd dan dikatakan melanggar prosedur biasa Kementerian Pendidikan Malaysia.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata pihaknya sudah menjalankan siasatan terperinci mengenai kes tersebut sejak minggu lepas.
Kita berharap perkara ini dapat disiasat dengan teliti, dan mereka yang didapati bersalah dihadapkan ke muka pengadilan.
Amalan rasuah dan salah guna kuasa perlu dibanteras demi membina negara yang mempunyai nilai integriti yang tinggi sekaligus membantu pembangunan sistem pendidikan di negara kita.
Trackbacks/Pingbacks