Home Berita Elektrik Terputus, Kebajikan Guru dan Murid Diberi Keutamaan

Elektrik Terputus, Kebajikan Guru dan Murid Diberi Keutamaan

20
1

Berikutan masalah bekalan elektrik terputus di beberapa buah sekolah di Sarawak semalam, ramai di kalangan pelajar dan guru terpaksa bergelap dan berpanas di sana. Perkara ini adalah disebabkan bekalan Diesel untuk Genset telah kehabisan stok. Ia juga berpunca daripada isu penyelewengan pembekalan diesel yang telah disebut dalam sidang media KPM beberapa minggu lepas.

Sehubungan itu, Menteri Pendidikan dalam kenyataannya di Facebook awal pagi tadi menegaskan bahawa kebajikan guru dan murid adalah menjadi keutamaan pihak pengurusan tertinggi KPM.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Saya dimaklumkan beberapa sekolah di Sarawak mulai bergelap kerana ketiadaan bekalan diesel.

Perkara ini telah saya bangkitkan dalam mesyuarat pasca-Kabinet Rabu lepas. Saya ingin maklumkan bahawa kebajikan guru dan murid adalah keutamaan pihak pengurusan tertinggi KPM.

Kami memandang serius perkara ini dan sedang berusaha menyiasat dan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Sehingga itu saya mohon semua bersabar dan berdoa untuk keselamatan guru dan murid kita yang terlibat.

Saya akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

YB Dr Maszlee Malik

Kita berharap perkara ini dapat diselesaikan segera, memandangkan guru-guru dan murid sangat memerlukan perkara asas ini dalam meneruskan kelangsungan hidup di pedalaman. Semalam juga, kita dapat lihat tersebar gambar murid sedang mengulangkaji pelajaran dalam kegelapan hanya bergantung kepada lampu picit.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here