Kerajaan telah memutuskan supaya Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM500.00 dan turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan yang memilih skim pencen sebanyak RM500.00.

Pelaksanaan ini adalah selaras dengan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2, 2020 telah pun dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan menyatakan:

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas adalah pada:

23 April 2020

PEGAWAI YANG LAYAK

3. Pegawai yang layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 adalah seperti berikut:

3.1 pegawai lantikan tetap, sementara dan contract of service

3.2 pegawai yang bercuti bergaji penuh;

3.3 pegawai yang bercuti separuh gaji;

3.4 pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan 1 ;


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


3.5 pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Kewangan ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

4. Bantuan Khas Kewangan Tahun 2020 juga dipanjangkan kepada:

4.1 guru interim;

4.2 pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan

4.3 pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971.

Pekeliling Bantuan Khas RM500 boleh dilihat di bawah:

Pekeliling bantuan khas rm500