SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 3 Tahun 2023
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI LUAR INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEMASA CUACA PANAS
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan surat makluman berkenaan Penangguhan Aktiviti Luar Semasa Menghadapi Cuaca Panas bernombor rujukan KPM 600- -17/1/18 Jld, 6 (52) bertarikh 5 Mei 2023 bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas yang tidak menentu.
Namun, setelah meneliti perkara tersebut KPM membenarkan semula pelaksanaan aktiviti luar dengan memastikan penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru serta anggota kumpulan pelaksana semasa berhadapan dengan fenomena cuaca panas terjamin.
Muat Turun Surat dan Garis Panduan: https://t.me/pendidik2u/8011
Sehubungan dengan itu surat siaran ini bertujuan memaklumkan berkenaan Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Luar Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas Garis Panduan ini dapat menjadi rujukan kepada semua institusi pendidikan bawah KPM agar dapat mengambil langkah-langkah dan tindakan sewajarnya terhadap aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid bagi mengurangkan komplikasi akibat cuaca panas semasa melaksanakan aktiviti luar bilik darjah.
Garis panduan ini hendaklah dipatuhi supaya kesan gelombang haba yang memudaratkan kesihatan seperti hipertermia atau strok haba dan dehidrasi dapat dielakkan.
Surat siaran ini berkuat kuasa serta merta mulai tarikh surat siaran ini dikeluarkan.
Dengan berkuat kuasa surat siaran ini maka surat maklum KPM berkaitan Penangguhan Aktiviti Luar Semasa Menghadapi Cuaca Panas bernombor rujukan KPM 600-17/1/18 Ja 6 (52) bertarikh 5 Mei 2023 adalah terbatal. .