Penawaran Program Asasi TVET ini bertujuan untuk memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya dalam Ijazah Teknologi Kejuruteraan.
Melalui program ini persediaan awal dan berfokus dapat diberikan kepada pelajar yang cenderung dalam bidang TVET. Sebagai permulaan, LIMA (5) buah politeknik akan menjadi perintis bagi pengambilan pertama pada Sesi I 2023/2024 dengan 500 orang pelajar sebagai kumpulan pertama.
Pembangunan kurikulum Program Asasi TVET direka bentuk dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal. Manakala fokus bidang Asasi TVET yang ditawarkan adalah mengikut keperluan industri semasa.
Tempoh pengajian bagi Program Asasi TVET adalah setahun atau dua (2) semester pengajian dengan setiap semester adalah selama 6 bulan.
Kelebihan/Keunikan Program Asasi TVET
Lepasan program Asasi TVET diberikan keutamaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana EMPAT (4) universiti dibawah MTUN iaitu:
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan
- Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Syarat Kemasukan
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Matematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektroknik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
- SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiaannya
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Ditawarkan di:
- Politeknik Ungku Omar (Politeknik Premier)
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
- Politeknik Merlimau
- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
- Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
Tempoh pengajian: 2 Semester