Cara Kemaskini Password Baru SAPS

Portal Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang sebelum ini ditutup telah dibuka semula, dan juga telah ditambah baik dari segi keselamatan ‘log in’ ke dalam sistem.

Baca Juga: Laman Web SAPS

Penyelaras SAPS sekolah akan meminta guru-guru mengemaskini kata laluan masing-masing. Guru-guru akan diberikan ‘default’ password yang diterima di emel sekolah.

Nama Pengguna ‘Username’ masih lagi dikekalkan, hanya kata laluan sahaja yang perlu dikemaskini.

Namun begitu kata laluan kali ini perlu mengikut kriteria berikut:

  • Kata laluan mesti sekurang-kurangnya 12 aksara.
  • Mengandungi kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan aksara khas (simbol).

Memandangkan sebelum-sebelum ini anda mungkin hanya menggunakan password yang mudah diingati seperti 12345678, kini anda perlulah mengingati password yang lebih panjang dan mempunyai kombinasi aksara khas contohnya seperti:

NAMA_saya123

Setelah selesai mengemaskini kata laluan yang baru. Anda bolehlah mencuba untuk log masuk menggunakan password yang telah dikemaskini.

Segala markah yang telah anda masuk sebelum ini masih ada dan dalam keadaan baik.

Manakala bagi yang belum sempat mengisi markah sebelum ini juga bolehlah mengisinya secepat mungkin.

Sistem dijadualkan akan dibuka sehingga hujung Julai ini. Namun begitu anda dinasihatkan untuk mengisi segera kerana penyelaras peperiksaan ingin membuat pengesahan markah.

Anda juga dinasihatkan merujuk Setiausaha Peperiksan terlebih dahuku. Semoga info dan maklumat ini dapat memberi pencerahan kepada anda semua, ingat tiada lagi 12345678.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top