Home info Kenapa Kereta Cikgu Dah Jadi Macam Stor Sukan?

Kenapa Kereta Cikgu Dah Jadi Macam Stor Sukan?

98
0

Tentu ramai yang tidak percaya, kereta guru kadang-kadang terpaksa dijadikan tempat simpanan alatan sukan. Terutamanya yang menjadi jurulatih bagi sesuatu sukan seperti Bola Sepak, Hoki, Bola Jaring dan sebagainya.

Sebenarnya hal ini bukanlah masalah besar, biasanya alatan sukan disimpan di stor sukan. Namun ada kalanya terpaksa di simpan di dalam kereta bagi memastikan ia tidak disalah guna oleh pelajar-pelajar lain.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Kadang-kadang juga guru terpaksa bawa alatan bersama jika ada latihan di luar kawasan. Jadi keretalah tempat simpanan buat sementaranya.

Kereta guru juga selalunya penuh dengan buku-buku, banting, banner dan fail, ini kerana bukan semua bilik guru mempunyai ruang yang cukup, bahkan ada guru yang tiada meja guru, terpaksa menumpang di bilik-bilik khas.

Pernah juga terkejut melihat seorang guru yang mana keretanya penuh dengan buku-buku murid ibaratnya apa yang ada di meja guru ada di dalam keretanya. Bila ditanya, rupanya dia tidak ada meja, kerana ruang bilik guru yang sempit.

Itulah kehidupan seorang guru, kadang-kadang berbeza dengan orang lain. Apapun kehidupan itu hendaklah dinikmati dengan rasa syukur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here