Sebelum ini, kita munggunakan sistem pelaporan melalui google form, dan guru-guru perlu mengisi secara manual, sebagai contoh, perlu menaip nama kelas, no kad pengenalan, bilangan murid setiap kali mengisi pelaporan.

Bagi menyokong pelaksanaan PdPR di seluruh negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan satu sistem pelaporan PdPR standard bagi kegunaan guru-guru Malaysia. Sistem Pelaporan PdPR (SPdPR) akan mula digunakan di negeri Terengganu dan Negeri Sembilan (rintis) mulai 17 Mei 2021 dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat mulai 22 Mei 2021.

Ikuti Panduan Pengisian Pelaporan SPdPR bagi mendapatkan gambaran awal sistem ini, juga sebagai persediaan menggunakannya nanti. KPM komited memastikan pelaksanaan PdPR sentiasa ditambahbaik dari segi bimbingan dan pengurusan demi kualiti pendidikan Malaysia yang lebih baik.

Bagi memahami panduan pengisian Pelaporan SPdPR anda boleh tonton video di bawah:

Credit to : Cikgu Edutech
Kredit: Sistem ini dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Maklumat lanjut : Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sektor Pembelajaran, JPN masing-masing.

Pautan SPdPR Adalah Berbeza bagi setiap negeri, Pastikan link anda betul :

1. Johor : https://spjohor.moe.gov.my/ spjohor
2. Negeri Sembilan : https://spn9.moe.gov.my spn9
3. Pulau Pinang : https://sppenang.moe.gov.my sppenang
4. Terengganu : https://sptrg.moe.gov.my/ sptrg
5.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Beberapa negeri akan memulakan penggunaan sistem ini pada minggu hadapan, dan dijangka negeri-negeri lain juga akn menyusul menggunakannya.

Contoh paparan borang pengisian pdpr di dalam SPDPR.

SPDPR

Di dalam sistem ini ia memberi autonomi kepada sekolah untuk memantau pelaporan mereka sendiri. Sistem ini juga memudahkan para guru untuk melapor setiap sesi pdpr yang telah mereka jalankan sama ada secara atas talian, luar talian atau offsite.

Apakah perbezaan PDPR Dalam Talian, PDPR Luar Talian dan Offsite?

Sekiranya anda menggunakan Google Meet, Microsoft Teams atau zoom, itu merupakan pendekatan dalam talian, tetapi jika anda menghantar video kepada murid dan memberi tugasan untuk disiapkan itu dikira luar talian.

Bagi memahami anda menggunakan pendekatan sama ada dalam talian atau luar talian anda ingat 2 kata kunci ini iaitu: Interaksi dan Real time

Manakala Offsite pula ialah guru membuat pdpr di luar kawasan sekolah seperti di pusat komuniti, di rumah murid, atau di rumah guru.

Kemudian anda juga perlu mengisi kaedah yang digunakan sama ada mengunakan modul, projek atau lain-lain.

Kaedah modul ialah anda memberi tugasan kepada murid bersama-sama nota dan penerangan, manakala projek pula ialah guru memberi tugasan projek yang perlu disiapkan kepda murid dalam sesuatu tempoh yang lama dan guru memberi bimbingan secara berkala kepada murid.

Guru juga boleh memasukkan kaedah pentaksiran yang guru gunakan sama ada kaedah pemerhatian, lisan, penulisan atau gabungan.

Setelah siap mengisi semua laporan anda boleh terus menekan butang simpan.

Guru boleh melihat semula pelaporan yang telah disimpan, dan sekiranya ingin membuat pembetulan boleh menekan butang edit.

Semoga dengan adanya sistem SPDPR ini akan dapat membantu guru-guru dan sekolah dalam menganalisa pelaporan pdpr yang telh dihantar.

Kita juga berharap agar sistem ini mempunyai server yang cukup laju untuk menampung trafik yang tinggi sekiranya diperluaskan nanti.

Semoga info dan maklumat ini dapat membantu anda dalam memamhami berkenaan sistem baharu ini. sila kongsikan sekiranya bermanfaat.