Penilaian Keberhasilan merupakan salah satu komponen dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Ia juga mewakili 10% wajaran di dalam markah PBPPP.

Penilaian keberhasilan merupakan penilaian hasil kerja utama outcome/ output yang memberi impak berdasarkan tugas dan tempat bertugas.

Asas penilaian keberhasilan berfokuskan kepada peningkatan atau pencapaian.

Ketiga-tiga elemen berikut perlu dipertimbangkan secara profesional semasa membuat penilaian sasaran keberhasilan yang telah ditetapkan iaitu:

a) usaha; dan/ atau – inisiatif dalam meningkatkan keberhasilan

b) kesungguhan; dan/ atau – berusaha dengan penuh minat, tekun dan seikhlas hati

c) keberkesanan tugas – hasil kerja yang memberi impak kepada organisasi

Bagaimana cara mengisi borang keberhasilan dengan betul?

Penyataan sasaran keberhasilan perlu ditulis dengan jelas tentang hasil yang akan dicapai daripada tugas-tugas yang dilaksanakan.

Bagi yang belum mempunyai borang boleh muat turun di sini: Borang Keberhasilan 2021

Bagi memudahkan penulisan penetapan sasaran keberhasilan, kriteria-kriteria berikut boleh digunakan.

a. Mempunyai Kata Kerja Menggunakan perkataan yang bersifat perbuatan/ amalan seperti mencapai, memastikan, mengurangkan, meningkatkan, menyelesaikan dan seumpama dengannya.

b. Mempunyai Penyataan Ukuran Nilai yang digunakan untuk mengukur sasaran keberhasilan. Penyataan ukuran boleh mengandungi:

  • Kuantiti; dan/ atau
  • Kualiti; dan/ atau
  • Kos; dan/ atau
  • Masa

c. Mempunyai Tujuan Sasaran

Tujuan sesuatu sasaran keberhasilan adalah bagi memperlihatkan hasrat/ matlamat/ penerangan terhadap hasil kerja.

d. Mempunyai Peringkat Sasaran (jika perlu) Tahap/ peringkat penglibatan yang akan dicapai.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Contoh Penulisan Keberhasilan yang betul:

Cara mengisi borang keberhasilan

Contoh kesalahan dalam menulis Keberhasilan:

Berdasarkan jadual di atas dapatlah kita fahami bahawa, pernyataan yang kita tulis mestilah perkara yang boleh diukur.

Kita juga tidak boleh menulis perkara yang sememangnya menjadi rutin harian seperti mengemas dan mencuci kelas, memeriksa buku latihan murid, menulis RPH, menghadiri mesyuarat dan sebagainya.

Semoga dengan adanya perkongsian ini dapat memudahkan urusan anda dalam menulis sasaran keberhasilan dengan cara yang betul dan tepat.