Home info Buku Panduan KBS 2017

Buku Panduan KBS 2017

4
0
Model Bestari Solat adalah sebahagian daripada Program j-QAFyang wajib dilaksanakan. Walaupun ia satu bentuk aktivitikokurikulum, semua sekolah perlu melaksanakannya seperti yangtelah ditetapkan. Pentadbir sekolahbertanggungjawab untuk menggerakkan pelaksanaan kem ini.Aspek solat ditekankan dalam sesi pengajaran dan pembelajaranPendidikan Islam.Diharapkan pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada pembentukan sahsiahmuridmurid dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhandan rasa tanggungjawab melaksanakan Fardhu Ainyang diperintahkan oleh Allah S.W.T.
KBS SEMAKAN 2017


STRATEGI PELAKSANAAN

5.1. Panitia Pendidikan Islam bermesyuarat bagi memutuskan perkara berikut :
5.1.1. Membentuk jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.
5.1.2. Menetapkan tempat dan masa untuk mengadakan Kem Bestari Solat.
5.1.3. Menyelaras jadual aktiviti Kem Bestari Solat.
5.1.4. Melantik guru yang akan berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator.
5.1.5. Membahagikan kumpulan murid yang akan mengikuti Kem Bestari Solat.
5.2. Memberi taklimat kepada guru pembimbing atau fasilitator berdasarkan Garis
Panduan Pelaksanaan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) Kem Bestari Solat (KBS)
Tahap Satu yang telah ditetapkan.
5.3. Aktiviti ini hendaklah dilaksanakan dalam bentuk latih tubi di luar waktu
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sama ada di dalam atau di luar kawasan
sekolah.
5.4. Kem ini hendaklah dilaksanakan dua kali setahun.Setiap kem diperuntukkan
masa 5 jam seperti yang telah ditetapkan.
5.4.1. Kem Bestari Solat Pertama : Mac hingga Mei.
5.4.2. Kem Bestari Solat Kedua : Julai hingga Oktober

Maklumat Lengkap
Panduan Pelaksanaan
Kertas Kerja
Contoh Jadual Pelaksanaan
Bahan BBM

Semua ini telah dihimpunkan di dalam Buku Panduan KBS Semakan 2017 yang boleh dimuat turun di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here