Pembelajaran secara atas talian sebenarnya telah bermula sejak dahulu lagi, kini KPM telah pun menyediakan kemudahan untuk guru-guru, ibu-bapa dan murid untuk mengakses dan memanfaatkannya.

Apa itu Moe-Dl ?

Portal MOE-DL.EDU.MY mempunyai pelbagai maklumat dan informasi yang boleh digunakan semasa cuti sekolah khususnya. Di dalam portal ini juga mempunyai bahan-bahan bantu belajar, video pembelajaran, soalan kuiz, buku teks digital dan sebagainya.

GURU
1. Bagaimana bahan-bahan PdP boleh diakses secara dalam talian?
Log masuk http://www.moe-dl.edu.my dengan menggunakan ID pengguna dan kata laluan MOE-DL yang telah dibekalkan oleh KPM melalui JPN dan PPD.
2. Siapakah yang boleh dihubungi jika terdapat masalah berkaitan ID MOE-DL?
Admin di sekolah.
3. Jika bahan-bahan tersebut tidak dapat diakses, siapakah yang boleh dihubungi?
Talian Helpdesk: 03-8000 8000, atau e-mel kepada bstp-gchelpdesk@moe-dl.edu.my /
gchelpdesk@moe-dl.edu.my.
4. Bolehkah semua bahan-bahan tersebut dimuat turun tanpa had?
Ya.
5. Bolehkah bahan-bahan yang disediakan sendiri dikongsi dalam pelantar MOE DL?
Ya. Guru boleh berkongsi bahan PdP di Menu Guru dalam Ruang Ilmu.
6. Adakah bahan-bahan pembelajaran ini boleh diakses secara percuma?
Ya.
7. Dimanakah aplikasi dan sumber bahan PdP semasa situasi seperti COVID-19 bagi
mengadakan kelas pembelajaran maya boleh diperoleh?
Pelantar Pembelajaran Digital khususnya di ruang (site) Pembelajaran Digital@rumah
(COVID-19) dalam menu guru.
8. Apa yang ada dalam ruang Pembelajaran Digital@rumah (COVID-19) dalam menu
guru?
Pautan aplikasi untuk PdP digital guru (Google dan Microsoft), Belajar Kendiri (Infografik
& poster, Webinar Google dan Microsoft), Panduan mengajar (Video), perkongsian
bermakna-sharing is caring (Ruang Ilmu), Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (Buku
Teks Digital) dan KPM Play (Gamifikasi).


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


MURID
1. Adakah KPM menyediakan bahan-bahan pembelajaran secara dalam talian?
Ya, melalui portal MOE-DL – http://www.moe-dl.edu.my.
2. Bagaimana saya dapat akses kepada bahan-bahan tersebut?
Log masuk http://www.moe-dl.edu.my dengan menggunakan ID pengguna murid dan kata
laluan MOE-DL yang telah diedarkan oleh guru kelas.
3. Apakah bentuk bahan-bahan pembelajaran yang boleh diakses?
MOE-DL menyediakan akses kepada buku teks digital, video pembelajaran
(EduwebTV/CikgooTube), KPM Play (permainan berasaskan pendidikan secara dalam
talian dan offline), pautan aplikasi seperti WolframAlpha (enjin jawapan), dan Tinkercad
(reka bentuk dan coding).
4. Adakah bahan-bahan pentaksiran disediakan dalam pelantar ini?
Ya.

IBU BAPA
1. Bolehkah ibu bapa akses kepada bahan-bahan pembelajaran?
Ibu bapa boleh mengakses EduwebTV melalui pautan http://eduwebtv.moe.edu.my/ dan
video CikgooTube melalui pautan http://bit.ly/cikgootube
2. Siapakah yang boleh dihubungi untuk pertanyaan tentang bahan-bahan
pembelajaran ini?
Talian Helpdesk: 03-8000 8000, atau e-mel kepada bstp-gchelpdesk@moe-dl.edu.my /
gchelpdesk@moe-dl.edu.my.
3. Adakah bayaran dikenakan kepada ibu bapa yang mengakses dan memuat turun
bahan pembelajaran ini?
Tidak.
4. Adakah bahan pembelajaran ini boleh diakses sepanjang masa atau pada waktu
tertentu sahaja?
Boleh diakses sepanjang masa.

PAUTAN TERUS KE BAHAN PEMBELAJARAN
BIL PERKARA PAUTAN CATATAN
Pelantar MOE-DL http://www.portal.moe-dl.edu.my Portal sehenti pelantar PdP, bahan PdP dan aplikasi untuk PdP.

EduWebTV* http://eduwebtv.moe.edu.my
https://www.youtube.com/user/eduwebtvmoe

Portal rasmi EduWebTV.
Channel rasmi Youtube EduWebTV KPM.
Cikgootube* http://bit.ly/cikgootube Perkongsian koleksi
video daya usaha kreativiti guru-guru KPM dari seluruh negara.

Portal e-Guru* http://pnp.moe.edu.my Portal video amalan pengajaran terbaik sebagai rujukan guru-guru.

Di dalam ini juga disediakan Kuiz Online yang boleh dijawab oleh murid-murid: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/kuizonline