Sekiranya anda belum memberi anak murid anda menjawab Soalan UPSR Sains 2016 maka eloklah anda memberinya. Dengan memberi latih tubi soalan ini, ia dapat memberi pendedahan kepada murid terhadap soalan UPSR sebenar.
Mengapa perlu menjawab Soalan UPSR Sains 2016?
- Format 2016 adalah yang terkini.
- Mempunyai soalan KBAT yang berkualiti.
- Tahap kesukaran yang optimun.
- Memberi pendedahan kepada murid terhadap soalan sebenar.
- Boleh terus save dan print.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan Soalan UPSR Sains 2016 boleh dapatkan di sini:
Bilakah masa yang sesuai untuk memberi latihan kepada murid?
Terpulang kepada guru, namun pastikan topik yang ada telah dipelajari.
Membuat latihan berfokus terutamanya Soalan Sains Bahagian Subjektif.
Setelah murid menjawab soalan digalakkan murid-murid membuat ulangkaji bersama ahli kumpulan sambil dibimbing oleh guru.
Jangan lupa ulangkaji soalan-soalan ramalan 2017
Tidak dinafikan soalan-soalan ramalan banyak terdapat di pasaran. Namun perlu disemak dahulu perkara-perkara berikut:
- Mengikut Standard Kandungan KSSR yang terkini.
- Mempunyai pecahan aras soalan yang pelbagai aras.
- Mengandungi soalan-soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
- Skema jawapan yang tepat.
Guru Sains juga boleh berbincang sesama mereka untuk menganjurkan bengkel menjawab soalan dengan mengikut format terkini.
Cara menjawab soalan subjektif Sains tidak seperti subjek lain. Ia memerlukan panduan dan susunan ayat sains yang tepat dan sesuai.
Punca Gagal Mendapat A dalam Sains
- Tidak memahami kehendak soalan.
- Terkeliru dengan soalan yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi.
- Tidak menyemak jawapan yang telah dibuat.
- Tidak tahu atau kurang membuat ulangkaji.
- Tidak mahir menjawab bentuk-bentuk soalan kerana tidak diberi pendedahan.
Tindakan guru untuk memastikan murid mendapat A.
Walaupun kita belajar bukan kerana A, tetapi kerana ilmu untuk kehidupan. Namun A itu dijadikan penanda aras oleh pihak atasan, bahkan ibu bapa juga mahu tengok berapa A yang anak mereka perolehi.
Guru-guru boleh memberi nota poket sains kepada murid.
- Memberi soalan latih tubi berdasarkan topik.
- Dapatkan buku-buku latihan yang terkini yang menepati format KSSR terkini.
- Minta murid buat aktiviti berkumpulan menganalisis soalan.
Kita mungkin telah berusaha sedaya upaya, namun perkara yang paling penting adalah usaha dari murid itu sendiri. Ibu bapa juga harus berperanan dalam memastikan anak mereka berjaya.
Mereka juga boleh mendapatkan Soalan Sains UPSR 2016 ini untuk diberikan kepada anak mereka. Semoga ia bermanfaat untuk mereka semua.