Beberapa hari lepas tersebar berita bahawa keputusan egtukar Jun 2018 akan keluar pada 1 Jun ini. Spekulasi ini timbul apabila ada yang katanya telah menghubungi pihak KPM, JPN atau PPD dan memberitahu keputusan akan keluar hari ini.

Namun begitu setakat hari ini, belum ada lagi pengumuman rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan tarikh semakan egtukar 2018 boleh dibuat.

Persoalan seperti bila tarikh keputusan egtukar sentiasa hangat diperkataan setiap tahun, terutamanya bagi sesi Jun ini.

eGtukar kali ini tetap mendebarkan tambahan pula berada di bawah kepimpinan baru di Kementerian, iaitu Yb. Dr. Maszlee Malik selaku peneraju utama KPM.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Apakah isu eGtukar akan diberikan fokus utama dalam memastikan kebajikan guru-guru terbela.

Selain tarikh 1 Jun, telah muncul pula spekulasi tarikh lain iaitu 11 Jun 2018. Biarpun menerima banyak soalan bila tarikh egtukar, Pendidik2u mengambil pendirian tidak memberikan apa-apa tarikh harapan, kerana bimbang akan mengganggu emosi mereka.

Namun begitu tidak menolak kebarangkalian keputusan akan keluar dalam masa terdekat kerana kita sudah masuk ke penggal ke 2 persekolahan. Cuma pada tahun ini cuti penggal bermula lewat sedikit berbanding tahun lepas.

Nasihat admin, teruskan berdoa, semoga dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini membawa berita gembira kepada kita semua, khasnya kepada pemohon egtukar 2018.