PERTUKARAN OPSYEN PEMILIHAN SKIM PENCEN ATAU SKIM KWSP

SOALAN:

Saya adalah penjawat awam yang telah memilih kwsp, tetapi lepas tujuh tahun bekerja, saya menyesal atas pemilihan saya.Dengan itu, saya ingin bertanya samada adakah penjawat awam yang telah memilih KWSP boleh bertukar kepada pencen? Boleh kan?

JAWAPAN:

TIDAK BOLEH kerana opsyen yang dipilih adalah bersifat muktamad dan tidak boleh diubah. Kerajaan pernah menawarkan pemberian opsyen semula kepada pegawai yang telah memilih Skim KWSP bertukar kepada Skim Pencen pada tahun 2009 dan ianya hanya berlaku sekali sahaja.

Justeru, ospyen yang telah dipilih adalah MUKTAMAD kerana ianya adalah atas pilihan dan keputusan yang dibuat oleh pegawai itu sendiri.

Sekian, terima kasih.

Sumber: Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen)