Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia dan paling ditunggu oleh umat Islam seluruh negara. Bulan ini merupakan bulan yang penuh keberkatan dan rahmat. Di dalam bulan Ramadan ini juga kita diwajibkan untuk membayar zakat fitrah. Kadar zakat fitrah telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam di negeri masing-masing.

Pada tahun 2020 ini, kita diberi ujian oleh Allah SWT, berhadapan dengan virus Covid-19 yang telah melanda seluruh negara. Namun ibadat puasa tetap dilaksanakan seperti biasa, solat terawih juga dilaksanakan di rumah masing-masing. 

Kita juga diperintahkan oleh Allah untuk menunaikan zakat fitrah, memandangkan kita masih berada di minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), urusan membayar zakat fitrah boleh dilakukan secara atas talian (online).

Bagaimana hendak membayar zakat fitrah secara online?

Mudah sahaja, cuma anda memerlukan capaian internet dan perbankan internet (Online Banking)

Mudah sahaja, semua negeri telah pun menyediakan platform pembayaran secara online, anda boleh merujuk link yang telah disediakan di bawah:

Kadar Zakat Fitrah 2020 di Malaysia

Selangor: RM7, RM14, RM21
Wilayah Persekutuan: RM5, RM7
Johor: RM7, RM10
Perlis: RM7
Pulau Pinang: RM7, RM16
Negeri Sembilan: RM7
Perak: RM7, RM14, RM21
Pahang: RM7
Kedah: RM5, RM7, RM14, RM21
Melaka: RM7, RM 14
Terengganu: RM 7
Kelantan: RM7
Sabah: RM6, RM7.50
Sarawak: RM7

Di sini pula laman web Pusat Pungutan Zakat bagi setiap negeri untuk pembayaran online zakat fitrah:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


1. Selangor : fpx.zakatselangor.com.my
2. WP : zakat2u.com.my/payment/fast
3. Kedah : jom.zakatkedah.com.my
4. Perlis : bit.ly/2VMqN5L
5. Penang : bit.ly/2Ko9zqj
6. Kelantan : zakat.e-maik.my/v5/index.php
7. Terengganu : bit.ly/2Vrxvz3
8. Perak : ezakat.maiamp.gov.my/v4/ 
9. Pahang : http://ezakat.muip.gov.my
10. N9 : bit.ly/3eEbyEB
11. Melaka : bit.ly/2RVHb2E
12.Johor : fitrah.maij.gov.my
13. Sarawak : bit.ly/2zmhimp
14. Sabah : bit.ly/3bucJo

Semua bayaran Zakat Fitrah bermula 1 Ramadan 2020 (maghrib) sehingga pagi raya sebelum solat raya

Follow us: telegram.me/pendidik2u

Majoriti negeri GALAKKAN pembayaran ONLINE. Ada sesetengah negeri sahaja Amil masih ada dengan syarat ketat.

Semoga dengan adanya info ini ia dapat membantu anda dalam membuat pembayaran zakat fitrah secara online dengan lebih lancar.