Seperti mana yang kita sedia maklum, perintah kawalan pergerakan masih lagi berjalan, dan kini sudah memasuki fasa ke 4.

Di dalam tempoh PKP ini, KPM telah memberi garis panduan kepada guru-guru untuk melaksanakan sesi pembelajaran secara atas talian.

KPM juga telah menyediakan saluran TV Pendidikan yang boleh ditonton di rumah khususnya yang tiada capaian internet.

Bagi guru pula, ramai yang memberi kerja dan bahan melaui group whatsapp ibu bapa, untuk dibuat oleh anak mereka.

Terutamanya murid sekolah rendah yang tiada kemudahan Smartphone sendiri, dan terpaksa menggunakan telefon ayah atau ibu mereka.

Kita menerima banyak respon positif dari ibu bapa yang mengatakan anaknya seronok membuat kerja online, menjawab kuiz, bermain games e-pembelajaran dan sebagainya.

Namun ada segelintir, ibu bapa yang turut sama tertekan apabila banyak kerja rumah yang diberikan oleh guru, lalu mereka merungut dan marah cikgu, diluahkan di media sosial, di status whatsapp dan sebagainya.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Sebenarnya guru-guru faham, bukan semua orang boleh mengajar anaknya di rumah, bukan semua ada kemudahan internet, printer, laptop. Jika ada 3 anak, semua berebut nak buat kerja online nak guna handphone pun tidak mencukupi. Ya, guru-guru semua faham perkara itu.

Sebenarnya tiada mana-mana guru pun akan marah jika tidak dapat buat kerja yang diberikan semasa PKP.

Bahkan cikgu faham, apabila duduk rumah, sudah pastilah dugaan nya lebih besar, ada TV, ada internet, ada games, ada adik beradik bersama bermain. Semua itu adalah cabaran buat ibu bapa.

Cikgu yang bagi kerja di sekolah pun belum tentu semua buat, apatah lagi di rumah.

Oleh itu ibu bapa tidaklah begitu tertekan, buat setakat mana yang ada, jika ada internet boleh buat tugasan online, buka Google Classroom, jika tiada tidak mengapa, tiada siapa pun akan marah..