Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan makluman berkenaan info pertukaran guru bagi sesi Jun 2020 dan Januari 2021 di laman web egtukar. Berikut merupakan maklumat terkini berkenaan perkara ini. 

Pertukaran guru antara bahagian / negeri, antara daerah dan dalam daerah bagi tahun 2020, kementerian pendidikan malaysia.

Adalah dimaklumkan permohonan pertukaran guru bagi tahun 2020 melalui modul e-gtukar akan dibuka mulai:

17 februari 2020 hingga 17 mac 2020 bagi sesi pertukaran Jun 2020 dan Januari 2021.

Pengemaskinian maklumat diri melalui sistem pengurusan sekolah (sps) modul pengurusan guru e-operasi adalah tanggungjawab pemohon sebelum 16 Februari 2020.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Sila hubungi pejabat pendidikan daerah/jabatan pendidikan negeri atau bahagian masing-masing jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan permohonan pertukaran.

Kepada mereka yang berhajat untuk memohon egtukar, dinasihatkan mengemaskini maklumat di eoperasi segera, bagi mengelakkan berlakunya masalah semasa membuat permohonan.

Pelbagai alasan pertukaran yang biasanya diberikan seperti:

  • Mengikut pasangan
  • Penyakit kronik
  • Ancaman keselamatan
  • Guru duka lara

Berdasarkan statistik tahun lepas,  negeri yang paling banyak permohonan masuk ialah Kelantan,  manakala negeri yang paling tinggi jumlah permohonan keluar ialah Johor.

Semoga pada tahun ini, permohonan anda akan diluluskan. Sila kongsikan info ini, moga ada rezeki buat anda semua.