PTPTN: Dua keputusan penting Jemaah Menteri

Susulan kepada pengumuman semasa Belanjawan 2019, Jemaah Menteri memutuskan bahawa potongan gaji mandatori sebanyak dua peratus hanya akan dibuat sebaik gaji peminjam PTPTN mencecah RM2,000 sebulan berbanding RM1,000 sebulan yang diumumkan sebelum ini.

Menurut YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan keputusan itu dibuat oleh Kabinet pada 23 November lalu, yang turut memutuskan potongan itu pada kadar dua peratus atau RM40 sebaik gaji mereka mencecah RM2,000.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


“Potongan akan meningkat secara progresif sehingga 15 peratus mengikut jumlah gaji peminjam,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, skim pengecualian bayaran balik pinjaman bagi pelajar mendapat keputusan KELAS PERTAMA diperluas kepada pelajar dari kumpulan M40. Dalam Belanjawan 2019, ia dikhususkan kepada pelajar B40.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u