Siapa kata rumah lelong tidak mendapat permintaan ramai? Silap-silap ramai pembida turut menjadi musuh dalam selimut anda demi mendapatkan rumah lelong yang diidamkan. Tahukah anda, buku hartanah yang berjudul ‘Mudahnya Beli Rumah’ hasil karya Dr. Azizul Azli Ahmad telah membuka mata seluruh masyarakat mengenai mudahnya membeli rumah lelong?

Secara umumnya, terdapat beberapa tips membeli rumah lelong yang wajib anda ikuti bagi memastikan proses pembelian rumah lelong berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Tidak hairanlah kenapa Dr. Azizul Azli Ahmad berjaya menjadikan rumah lelong yang merupakan rumah pertamanya sebagai pendapatan pasif!

CARA BELI RUMAH LELONG

 

#1  Selidik Hal Berkaitan Rumah Lelong

Anda harus menyelidik terlebih dahulu hal-hal berkaitan rumah lelong sebelum membuat apa-apa keputusan.  Adakalanya, anda boleh terus bertanya kepada pihak tertentu yang bertanggungjawab mengiklankan rumah lelong tersebut seperti Mahkamah Tinggi, Pelelong Berlesen, Pejabat Tanah, Pegawai Bank dan lain-lain lagi.

Antara hal-hal berkaitan rumah lelong perlu anda selidik adalah:

  • Latar belakang rumah lelong
  • Status hak milik rumah lelong
  • Lokasi dan tanah rumah lelong
  • Status Kaveat rumah lelong

#2  Semak Harga Pasaran Rumah Lelong

Anda boleh senaraikan beberapa rumah lelong pilihan anda bagi menyemak harga pasaran rumah lelong terkini di kawasan tersebut. Menurut Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981, harga pasaran rumah lelong adalah mengikut market value yang dipengaruhi oleh faktor lokasi, kawasan tanah, jenis pemilikan dan lain-lain lagi.

Anda boleh menyemak harga pasaran rumah lelong di mana-mana bank atau bersama para penilai market value yang ditetapkan oleh perundangan perumahan dan hartanah.  Tips membeli rumah lelong ini wajib anda lakukan supaya anda mendapat harga rumah yang berbaloi dan tidak tertipu.

#3  Semak Kelayakan Pendapatan Anda


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Lupakan sahaja niat anda untuk membeli rumah lelong sekiranya anda mempunyai status kewangan yang buruk seperti CCRIS, CTOS dan komitmen yang tinggi yang telah direkodkan di sistem Bank Negara Malaysia.  Sebelum membeli rumah lelong, anda boleh membuat semakan kelayakan terlebih dahulu di mana-mana bank dengan mengepilkan slip gaji dan penyata bank untuk rujukan pegawai yang bertugas.

Tips membeli rumah lelong dari segi menyemak kelayakan pendapatan anda sedikit sebanyak membantu anda mendapatkan rumah lelong yang menepati kelayakan pinjaman perumahan anda.

#4  Sediakan Wang Deposit Dan Wang ‘Reserve’

Wang deposit sebanyak 10% perlu disediakan sebagai isyarat ‘reserve’ dan penting sekali, anda perlu keluarkan deposit ini dalam bentuk bank draft untuk diserahkan kepada mahkamah kelak sementara proses bidaan akan dilakukan. Sekiranya anda tidak berjaya mendapatkan rumah lelong tersebut, duit ‘reserve’ akan dikembalikan semula kepada anda.

Oh ya, jangan lupa juga untuk sediakan 5% sehingga 10% daripada harga rumah yang ingin anda beli sebagai yuran guaman dan juga kos ubah suai atau pembaikian rumah!

#5  Melantik Peguam Bertauliah

Menurut Akta 242 yang dikenali sebagai Akta Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah 1981 yang termaktub didalam Undang-Undang Malaysia, penilai bertindak sebagai pengurus harta.  Sama seperti peguam yang anda perlukan, peguam memudahkan proses dokumen anda dikendalikan secara teratur, menguruskan hal pindah milik hartanah serta memberi nasihat perundangan kepada anda.

Tips membeli rumah lelong yang wajib anda ikuti pastinya menjadi tunjang utama dalam menjayakan proses pemilikan rumah lelong yang anda inginkan.  Bermula dengan mengetahui hal-hal berkaitan rumah lelong, semak harga pasaran, semak kelayakan pendapatan, sediakan wang deposit dan akhirnya melantik peguam setelah berjaya mendapatkan bidaan rumah lelong adalah perjalanan proses membeli rumah lelong dari mula sehinggalah anda dapat memegang kunci rumah baru anda.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u