Skim Pencen merupakan satu bentuk penghargaan oleh kerajaan Malaysia kepada kakitangan awam yang telah memberikan taat setia sepanjang berkhidmat kepada negara. Penghargaan ini berbentuk bantuan sara hidup selepas bersara dari perkhidmatan.

Skim ini dilaksanakan bagi objektif berikut:

  1. Memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang seseorang anggota yang telah dicurahkan kepada Kerajaan dengan penuh taat setia, dedikasi dan amanah.
  2. Menjadi satu bentuk ikatan ke atas anggota-anggota agar mereka terus berkhidmat dengan pihak kerajaan.
  3. Memberi jaminan sara hidup kepada kakitangan awam setelah mereka bersara dari perkhidmatan kerajaan.
  4. Memberi saraan hidup kepada ahli-ahli tanggungan anggota yang telah meninggal dunia samad semasa dalam perkhidmatan atau selepas bersara.

Jenis Persaraan

  1. Persaraan Paksa Di Bawah Seksyen 10 Akta 227/239
  2. Persaraan Di Atas Kehendak Kerajaan Atau Menteri Di Bawah Seksyen 11 Akta 227/239
  3. Persaraan Pilihan Di Bawah Sekyen 12 Akta 227/239
  4. Persaraan Kerana Penswastaan Agensi Bawah Kerajaan Di Bawag Seksyen 10 (5)(B), 12 Dan 12A/13 Akta 227/239
  5. Faedah Penamatan Perkhidmatan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980

bersara awal

Jenis-Jenis Faedah Persaraan

Melalui skim Pencen, tanggungan bagi anggota yang berpencen meninggal dunia semasa masih dalam perkhidmatan kerajaan atau selepas bersara juga layak menerima faedah. Faedah ini dipanggil Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan.

Berikut merupakan 3 jenis faedah persaraan layak diterima oleh anggota yang bersara mahupun diminta bersara:

  1. Pencen Perkhidmatan (Bayaran dibuat setiap bulan)
  2. Ganjaran Perkhidmatan (bayaran sekaligus); dan
  3. Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, di mana berkenaan (bayaran sekaligus).

PENGIRAAN ANGGARAN PENCEN DAN PENGIRAAN GRATUITI

 

Kaedah Pengiraan Faedah Pencen dan Ganjaran

Kadar ganjaran dan pencen yang akan dibayar bergantung kepada tempoh perkhidmatan yang diambilkira dan gaji hakiki bulanan yang akhir diterima oleh anggota itu. Penghitungan kadar sebenarnya ialah seperti berikut:

Pengiraan Pencen Perkhidmatan

1/600 X tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira X gaji hakiki bulanan yang akhir diterima.

Bayaran bagi faedah adalah tertakluk kepada pencen maksimum tiga perlima (3/5) daripada gaji akhir . Jumlah ini dicapai apabila berkhidmat selama 30 tahun atau 360 bulan tempoh perkhidmatan yang diambil kira.

KALKULATOR PENCEN


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Pengiraan Ganjaran Perkhidmatan

7.5% X tempoh perkhidmatan yang boleh dimasukira X gaji hakiki bulanan yang akhir diterima.

GANJARAN PERKHIDMATAN

Pengiraan Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat

Bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam, menurut Peraturan-Peraturan Pencen 1980, dibaca bersama-sama Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1993, telah memperuntukkan pembayaran Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat (GCR. Ini merujuk kepada  cuti rehat yang tidak dihabiskan kerana kepentingan perkhidmatan dan terkumpul mengikut syarat-syarat pengumpulan di bawah peraturan pencen dan pekeliling yang berkenaan.

Kaedah pengiraannya adalah seperti berikut:

1/30 X [gaji pokok + imbuhan tetap] X jumlah cuti rehat yang terkumpul sehingga 150 hari.

Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat ini dibayar oleh Kerajaan Persekutuan (melalui Bahagian Pencen, JPA) bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam Kerajaan Persekutuan dan oleh Kerajaan Negeri bagi pegawai-pegawai perkhidmatan awam Negeri. Badan-Badan Berkanun dan Kuasa-Kuasa Tempatan yang telah menerimapakai Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1993 membayar Wang Tunai Sebagai Gantian Cuti Rehat kepada pekerja-pekerjanya.

Pengiraan GCR

KALKULATOR PENGIRAAN
ANGGARAN PENCEN DAN GCR

Kelayakan menerima skim pencen, ganjaran atau faedah persaraan lain yang diperuntukkan di bawah undang-undang pencen bukanlah merupakan hak mutlak seseorang anggota. Seseorang anggota hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam undang-undang pencen untuk melayakkannya menerima faedah persaraan.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u