Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan Takwim Persekolahan 2021 Rasmi.

Adalah dimaklumkan bahawa penggal persekolahan bagi sesi tahun 2021 akan bermula pada 20 Januari 2021 dan tamat pada 9 Disember 2021 bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan A.

Manakala bagi sekolah-sekolah dalam negeri Kumpulan B, penggal persekolahan bagi semi tahun 2021 akan bermuda pada
20 Januari 2021 dan tamat pada 10 December 2021.

Perincian takwim penggal dan cuti persekolahan tahun 2021 bagi negeri-negeri dalam Kumpulan A adalah seperti
dalam Lampiran A dan bagi negeri-negeri dalam Kumpulan B adalah seperti dalam Lampiran B.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Cuti Perayaan 2021

 

KPM juga telah menyelaras tarikh-tarikh cuti perayaan bagi sesi persekolahan tahun 2021 yang melibatkan perayaan tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Kaamatan, Hari Gawai Dayak, Deepavali dan Hari Krismas.

Maklumat terperinci berhubung cuti perayaan bagi sesi persekolahan tahun 2021 adalah seperti dalam
Lampiran C.

Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, dan Deepavali. Cuti tambahan tidak perlu diganti.

Semoga maklumat ini dapat membantu anda merancang program dan cuti untuk tahun 2021.

Sumber Kementerian Pendidikan Malaysia