Seorang pelajar tingkatan dua dari sebuah sekolah berasrama penuh di Kepala Batas, Pulau Pinang membuat laporan polis selepas cedera dipukul lebih 15 pelajar tingkatan 4 sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata pelajar berusia 14 tahun itu membuat laporan polis berhubung kejadian itu pada pukul 8.50 malam tadi selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kepala Batas.

Berikutan itu, polis telah memanggil beberapa pelajar yang dikatakan terlibat memukul mangsa. Menurut mangsa kes tersebut berpunca daripada salah faham antara mereka sehingga menyebabkan pelajar tingkatan 4 tersebut naik berang.

Pelajar tingkatan 4 tersebut telah memanggil 30 rakannya, dan 15 dari mereka telah bertindak memukul mangsa serta 3 lagi rakan lain. Namun hanya seorang sahaja yang tampil membuat laporan.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku kira-kira jam 3 pagi, di tingkat 3 asrama sekolah tersebut.

– Diolah dari Bernama

Kes memukul dan bulu sebegini bukanlah perkara baru di Negara kita, bahkan ia sebenarnya sudah berlaku puluhan tahun dahulu, baik di sekolah biasa mahupun di sekolah aliran agama.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Ia ibarat tradisi yang ada di sekolah berasrama, siapa yang duduk di asrama sudah pasti mengetahui perkara ini. Cuma dulu ia tidak dihebahkan ke luar, tiada yang berani melaporkan ke Warden, tiada siapa yang berani melaporkan ke Polis.

Mengapa? Kerana telah diugut, jika warden tahu, lagi teruk kena belasah. Akhirnya ia menjadi tradisi dari generasi ke generasi, pelajar senior akan buli pelajar asrama. Andai ada kelasahan yang dilakukan oleh junior, maka siap sedialah untuk menahan sakit di pukul beramai-ramai oleh kaki pukul yang ada di sekolah.

Baca juga: Disiplin

Itu zaman dahulu, namun apabila berita yang disiarkan oleh bernama ini, ia bermakna perkara ini masih lagi berlaku. Tiada lagi perngakhirannya, mungkin kini sedikit berkurang, atau kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya di sebalik nama sekolah yang gah ‘Berasrama Penuh’.

Semoga pihak polis ambil tindakan yang sewajarnya, guru-guru tidak mampu untuk mengawal semuanya, apatah lagi apabila ia sudah menjadi kesalahan jenayah.