Semalam admin menerima aduan dari guru sebuah sekolah yang tertekan dan stress kerana kawasannya beberapa hari ketiadaan air tetapi sekolah pula ingin membuat ladap pada sabtu ini.
Kita memahami keperluan sekolah yang ingin memastikan guru-guru diberi latihan dalam perkhidmatan yang cukup, namun perlu juga menggunakan kebijaksanaan dan melihat suasana serta masalah yang dihadapi.
Daerah Petaling Jaya dan Shah Alam dah 4 hari ketiadaan air, guru-guru telah memohon supaya LADAP ditangguhkan berikutan masalah air ini merupakan masalah bersama. Selain itu juga, pihak taska juga terpaksa menutup premis mereka, dan pengasuh juga tidak dapat menjaga anak-anak guru.
Namun begitu pihak sekolah masih lagi tidak bertimbang rasa, dan tidak memikirkan masalah yang melanda ini. Jika tiada masalah keperluan asas, guru-guru tiada masalah untuk hadir ke sekolah, namun kerana sudah hari ke 4 masih lagi belum ada air, pihak sekolah sepatutnya faham.
Ada juga timbul cadangan supaya anak kecil dibawa bersama dan diletakkan di bilik guru, dijaga oleh anak guru lain yang sudah besar.
Ingat senang ke budak ni nak jaga, kalau kencing, buang air besar, menangis, siapa nak uruskan?
Semoga sekolah tersebut mempertimbangkan semula keputusan ingin mengadakan ladap pada sabtu ini. Tidak perlu bermegah serata alam. Lagipun orang sibuk nak mengangkut air.
Menteri Pendidikan sendiri juga menyarankan waktu cuti adalah waktu bersama keluarga, melainkan ada tugas-tugas dan keperluan perkhidmatan.