Home info LINUS: Isu dan Cadangan Penambahbaikan

LINUS: Isu dan Cadangan Penambahbaikan

17
1

LINUS : ISU dan CADANGAN.

Isu 1 : Saringan dibuat saat sekolah sibuk hendak jalankan peperiksaan Mac. Guru kena buat soalan. Nak buat ulangkaji dengan murid topik yang perlu mereka faham dan hadam, tapi terganggu dengan saringan.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Isu 2 : Borang yang banyak dan penat perlu diisi. Makin lama makin banyak perkara perlu tulis. Nama murid dah la panjang berjela, jika guru kena ajar 6 kelas LINUS, berikut kira-kiranya.

a) 40 murid (anggaran satu kelas) x 6 = 240 nama yang panjang berjela.
b) 3 tarikh berbeza x 240 = 720 tarikh.
c) Nama guru x 240 borang.
d) Tanda tangan guru x 240 borang.
e) Nama kelas x 240 borang.
f) Tick 20 x 240 = 4800 tick.

Masa yang lama dan memenatkan hanya untuk isi borang.

Isu 3 : Murid perlu disaring semua sekali walau murid itu genius tahap Adiputra. Sangat buang masa dan tak relevan.

Isu 4 : Kena mengajar dulu setengah jam, buat saringan setengah selepasnya. Semasa saringan berlangsung, murid lain yang dah siap kerja datang jumpa cikgu untuk tanda.

SUMBER GAMBAR: MFS

Yang tak faham datang bertanya. Yang tak buat kerja mengacau kawan pun ada. Yang menangis, nak ke tandas, hilang pemadam dan sebagainya itu ramai juga.

Ini masalah utama dan paling besar.

Isu 5 : Tak boleh saring semua konstruk sekali gus. Entah apa relevannya. Hanya nak tambah tugas guru tulis tarikh dan buat separuh-separuh.

Dulu-dulu boleh je. Tak perlu tulis tarikh dan boleh buat terus sampai habis. Terutama murid laju dan bijak. Masih gagal faham kenapa perlu 3 kali saringan, 3 kali tulis tarikh.

Isu 6 : Guru dan murid tidak boleh sakit. Saringan wajib dijalankan dalam masa ditetapkan. Jika murid tidak hadir, perlu kejar sampai rumah. Aduh!

**********

Cadangan.

1) Wujudkan pembantu guru. Atau sepaling kurang buka jawatan sementara/part time kat budak U. Part Time sebulan contohnya semasa saringan. Saringan ini dijalankan sepenuhnya oleh mereka ini.

Masa guru mengajar tidak terjejas. Mereka akan saring ditempat lain. Library contohnya. Murid akan ke sana secara berperingkat.

Bebanan guru mengisi borang, menyediakan bahan, menyaring, mengawal kelas pada masa yang sama dapat diatasi sepenuhnya.

2) Benarkan semua guru yang terlibat dengan LINUS menjalankan LINUS sepenuhnya sepanjang hari.

Kelas dan jadual guru tersebut dibuat relief sepanjang 2 hari, 3 hari atau seminggu. Bergantung pada berapa banyak kelas LINUS yang mereka pegang.

Jadi guru ini boleh menyaring murid sepanjang hari. Duduk di library, dewan atau bilik guru. Panggil 3-4 orang murid ke sana dan buat saringan dengan tenang tanpa gangguan murid lain.

Satu hari mungkin boleh siap satu kelas.

Namun untuk sekolah yang kecil, bilangan guru yang ramai, agak sukar nak laksanakan kerana bilangan guru yang sedikit. Mungkin terpaksa bekukan kelas bagi memberi laluan pada Saringan LINUS berjalan lancar.

*********

Ini hanya pandangan peribadi dari guru yang terlibat dengan LINUS sejak tahun pertama ia diperkenalkan.

Pandangan ini bersifat peribadi dan boleh sahaja untuk bersetuju atau tidak.

Jika ada tambahan cadangan, atau tambahan isu, bolehlah cikgu-cikgu lain tambah diruangan komen pula.

#MFS
– Sekadar pandangan rakyat marhean.

Artikel Oleh: Mohd Fadli Salleh

1 COMMENT

  1. Sgt2 setuju…beban perlu dikurangkan ke arah kemenjadian murid..ini alahai…susah senang Cikgu LINUS saja yg paham….

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here