Ramai yang bertanya adakah mereka perlu pulang ke stesyen bertugas dalam kadar segera, tambahan pula jika PKPB tidak disambung lagi. Ramai yang berpendapat, guru perlu berada di stesyen tempat bertugas iaitu di negeri mereka bertugas sebelum sesi persekolahan bermula.

Walaupun guru-guru tidak diarahkan bertugas di sekolah pada waktu ini, ini kerana masih lagi dalam cuti pertengahan tahun.

Namun sebagai persediaan guru perlu berada di stesyen mereka bekerja kerana sekiranya mereka dipanggil untuk bertugas mereka boleh terus hadir ke sekolah dengan kadar segera.

Memandangkan kini dalam tempoh PKPB Fasa ke 4 sehingga 9 Jun 2020, larangan merentas negeri masih dikuatkuasakan.

Hanya sebab tertentu seperti kematian, kecemasan, bekerja, urusan akad nikah, dan pasangan yang berjauhan sahaja dibenarkan.

Oleh yang demikian guru-guru yang masih terkandas hendaklah memohon rentas negeri dengan kadar segera untuk berada di lokasi mereka bertugas.

Ini bukan bermakna mereka terus kena hadir ke sekolah tetapi sebagai langkah selamat sekiranya ada arahan untuk hadir bertugas.

Jika gagal hadir, anda perlu mengambil cuti rehat khas.

Berdasarkan tinjauan survey yang dibuat di Telegram Pendidik2u, 30% guru di Malaysia masih lagi berada di luar negeri bertugas. Lihat di: https://t.me/pendidik2u/3437

Mereka bukan merentas negeri semasa PKPB tetapi sebenarnya telah pulang ke kampung sejak cuti pertengahan penggal pertama, iaitu sebelum PKP 1 dilaksanakan lagi.

Sebelum ini MKN telah pun membuka Gerak Malaysia pada 7-10 Mei 2020, dan sebenarnya pada tarikh tersebut mereka yang terkandas sudah perlu pulang, untuk berada dalam radius 30km dari tempat bertugas seperti mana yang diarahkan JPA.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Namun tidak semua bergerak pada tarikh tersebut memandangkan tiada arahan dari sekolah untuk hadir bertugas dan Raya Aidilfitri yang sudah hampir ketika itu.

Untuk merentas negeri anda memerlukan dokumen penting iaitu:

1. Permit Polis Kebenaran Merentas Negeri
2. Surat Arahan Bertugas dari Majikan / Sekolah
3. Salinan IC termasuk anak dan isteri/suami yang sama dalam satu kereta

Walau bagaimanapun, ramai yang memberitahu mereka tidak mempunyai surat dari majikan/sekolah, dan memang berhasrat untuk pulang ke rumah sendiri yang lama ditinggalkan.

Ada juga beberapa sekolah yang telah mengeluarkan surat hadir bertugas, namun tidak semua mahu mengeluarkan surat tersebut.

Hal ini mungkin memerlukan pertolongan dari KPM sendiri untuk memberi arahan kepada semua Ketua Jabatan agar memanggil guru-guru untuk berada di stesyen, dan dengan itu dapatlah pihak sekolah mengeluarkan surat rasmi, yang membolehkan mereka merentas negeri.

Kemaskini: Hari ini KPM telah keluarkan surat bertarikh 4 Jun 2020 arahan kepada guru kembali ke tempat bertugas.

 

Guru