PEMAKLUMAN MENGENAI ARAHAN KEPADA GURU KEMBALI KE TEMPAT BERTUGAS

Selaras dengan Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Bilangan 2 Tahun 2020: Garis Panduan Pengoperasian Pejabat Jabatan Perkhidmatan Awam Bagi tempoh Semasa Dan Selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bertarikh 6 Mei 2020 bagi memastlkan penyampaian perkhidmatan berada pada tahap baik dan efektif.

Semua penjawat awam diarahkan berada di tempat bertugas masing-masing sebagai persediaan untuk kembali bertugas.

Sehubungan dengan itu, semua guru dikehendaki berada di tempat bertugas masing-masing dan bersedia untuk bertugas setelah tamat cuti pertengahan tahun pada 7 Jun 2020 (bagi sekolah dalam negeri Kumpulan A) dan 8 Jun 2020 (bagi sekolah dalam negeri Kumpulan B).

Surat arahan kepada guru kembali ke tempat bertugas boleh dikeluarkan oleh Ketua Jabatan masing-masing untuk memaklumkan kepada guru berkenaan bahawa mereka perlu kimbali ke tempat bertugas.

Bersama-sama Inl, disertakan contoh surat (Lampiran) darlpada Ketua Jabatan untuk guru kembali bertugas sebagal rujukan kepada pihak
sekolah.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Di bawah ini pula contoh format surat yang boleh digunakan oleh pihak sekolah.

Contoh surat arahan kembali bertugas

 

Semoga ia dapat membantu rakan-rakan kita yang ingin memohon merentas negeri.