Menu Makanan Sihat Untuk Murid
Anak-anak kita pada hari ini terdedah dengan pelbagai jenis makanan yang tidak berkhasiat. Biasanya makanan ringan atau junk food ini senang didapati di perkarangan sekolah atau kawasan perumahan yang berhampiran dengan kedai runcit atau gerai-gerai kecil yang menjual bermacam jenis gula-gula, coklat, jeruk yang sememangnya mengandungi gula yang tinggi, perisa dan pewarna tiruan.
Oleh itu, ibu bapa disarankan mengambil berat tentang tabiat pemakanan anak-anak agar mereka membesar dengan lebih sihat dan aktif. Badan kita memerlukan makanan seimbang yang terdiri daripada karbohidrat, protein, zat besi, dan nutrient lain untuk memenuhi keperluan tubuh. Namun anak-anak kita lebih memerlukan khasiat yang cukup demi tumbesaran mereka.
Untuk ibu bapa yang selalu berperang dengan anak-anak yang tidak gemar bersarapan, anda boleh mencuba beberapa resepi mudah lagi berkhasiat. Mana tahu hidangan sihat ini akan memikat selera anak-anak.
Banana Pancake
Bahan-bahan :
2 Biji Pisang – dilenyek
2 biji telur
1 sudu kecil vanilla
1 sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
Cara :
-Campurkan telur bersama pisang yang telah dilenyek – kacau sebati.
-Masukkan esen vanilla – kacau.
-Masukkan serbuk cinnamon – kacau.
-Panaskan kuali non stick.
-Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali.
-Tunggu hingga masak dan balikkan.
Boleh dihidangkan dengan mentega, madu atau buah-buahan.
Blueberry Pancake
Bahan-bahan:
¾ cawan Greek yogurt
½ biji pisang
½ cawan oat
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil cinnamon
1 cawan blueberry segar
Cara:
-Blend semua bahan-bahan kecuali blueberry
-Panaskan kuali non stick.
-Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali.
-Susun buah blueberry di atas pancake
-Tunggu hingga masak dan balikkan.
Boleh dihidangkan dengan mentega, madu atau buah-buahan.
Peanut Butter Chocolate Pancake
Bahan-Bahan:
1 cawan susu segar
1 biji telur
¼ cawan peanut butter
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
½ cawan chocolate chip
Garam secukup rasa
Cara :
-Masukkan susu segar, telur dan peanut butter ke dalam mangkuk dan kacau sebati.
-Gabungkan tepung gandum, garam dan baking powder-kacau sebentar.
-Masukkan campuran susu ke dalam mangkuk tepung.
-Masukkan chocolate chip ke dalam adunan dan kacau sebati.
-Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali.
-Tunggu hingga masak dan balikkan.
Boleh dihidangkan dengan mentega, madu atau buah-buahan.
Untuk mereka yang tidak sempat bersarapan di rumah, anda boleh menyiapkan cereal bar untuk bekal anak ke sekolah. Anda juga boleh menikmatinya dalam perjalanan ke tempat kerja. Senang sahaja resepinya.
No Bake Cereal Bars
Bahan-bahan:
½ cawan madu
¼ cawan peanut butter
3 cawan oat cereal
½ cawan badam dicincang
½ cawan cranberry kering
Cara :
-Kacau madu dan peanut butter sehingga sebati.
-Masukkan ke dalam microwave 45 saat (kacau setiap 15 saat).
-Sediakan mangkuk besar. Gabungkan oat cereal, badam dan cranberry kering.
-Masukkan adunan peanut butter ke dalam. Kacau rata.
-Sediakan loyang yang dialas kertas minyak.
-Masukkan adunan cereal ke dalam loyang. Tekan sehingga padat.
-Masukkan ke dalam freezer selama 30 minit,
-Keluarkan dan potong mengikut citarasa anda.
Resepi di bawah ini pula khas untuk anak-anak yang liat makan sayur. Jangan risau, anak anda tak akan perasan sayur di dalam hidangan. Resepi ini dinamakan Hidden Veggie Mac n Cheese.
Hidden Veggie Mac n Cheese
Bahan-bahan:
½ cawan air
2 cawan kobis bunga
1 cawan labu
2 cawan carrot
2 cawan susu segar
2 cawan cheddar cheese
4 oz cream cheese
1 paket macaroni
Cara:
-Rebus macaroni sehingga masak dan empuk.
-Masukkan ½ cawan air ke dalam periuk berasingan. Masukkan kobis bunga, labu dan carrot. Rebus sehingga sayuran empuk.
-Angkat dan sejukkkan sebentar, kemudian blend sayuran sehingga halus (masukkan air rebusan sedikit untuk blend)
-Masukkan bahan yang sudah dikisar ke dalam periuk. Masukkan susu segar, kacau sebentar sehingga sebati di atas dapur.
-Masukkan cheddar cheese dan cream cheese dan kacau sehingga cheese larut.
-Masukkan macaroni yang telah direbus- kacau sebati.
-Tutup periuk dan biarkan selama 20 minit dengan api sederhana.
-Siap untuk dihidangkan.
Satu lagi hidangan lazat yang patut dicuba ialah Hidden Veggie Meat Ball. Siapa yang gemar menikmati makan barat mesti teruja untuk merasai keenakan meat ball bersayur ini.
Hidden Veggie Meat Ball
Bahan-bahan:
1 batang carrot – diparut halus
1 batang zucchini – diparut halus
500 gram daging hancur
¼ cawan parmesan cheese
¼ cawan bawang – didadu
¼ cawan parsley
2 sudu teh garam
1 sudu teh blackpepper
1 sudu teh serbuk bawang putih
2 biji telur
1 cawan serbuk roti (bread crumb)
1 tin pes tomato
Cara:
-Selepas carrot dan zucchini diparut halus, gunakan sehelai kain bersih untuk memerah air yang terkandung di dalamnya. Jika tiada kain untuk memerah, anda boleh ramas sehingga semua lebihan airnya dibuang. Seterusnya masukkan parutan tadi ke dalam mangkuk besar.
-Campurkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk. Kacau hingga semua bahan sebati.
-Ambil sejemput adunan dan jadikan bebola bulat.
-Goreng dengan sedikit minyak sehingga garing. Balikkan hingga bebola daging masak sekata.
-Atau anda boleh bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 180 ˚C. Balikkan hingga masak sekata.
-Masukkan pes tomato bersama bebola daging yang telah dimasak tadi. Masak selama 10 minit.
-Hidangkan bersama spagetti.
Tak lengkap sebuah hidangan tanpa pencuci mulut. Tak susah pun untuk menyediakan dessert yang sedap lagi berkhasiat. Apa kata kita buat yogurt buah-buahan kali ini.
Healthy Straberry Banana Frozen Yogurt
Bahan-bahan :
3 cawan strawberry – dibekukan
3 cawan pisang – dibekukan
2/3 cawan Greek yogurt
½ cawan strawberry dadu- untuk topping
Cara :
-Gabungkan strawberry, pisang dan yogurt ke dalam food processor. Kisar sehingga halus.
-Masukkan ke dalam loyang dan taburkan strawberry yang telah didadu.
-Bekukan selama 2 jam.
-Siap untuk dihidangkan.
Easy Peach Cobbler
Bahan-bahan :
1 tin peach
1 paket campuran kek segera vanilla (cake mix)
½ cawan mentega sejuk – dihiris
Aiekrim vanilla
Cara :
-Masukkan 1 tin buah peach bersama airnya ke dalam sebuah loyang.
-Masukkan campuran kek segera – ratakan
-Susun hirisan mentega di atasnya.
-Bakar selama 45 minit dengan suhu 190˚C.
-Sejukkan dan sedia dihidang bersama aiskrim vanilla.
Buat para ibu bapa, anda harus prihatin terhadap pemakanan dan kesihatan anak-anak. Mereka perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk menjalani aktiviti harian di sekolah. Jika gaya pemakanan mereka seimbang, prestasi mereka juga akan meningkat.
Pastinya resepi-resepi yang mudah dan ringkas ini diharapkan memberi idea kepada para ibu untuk menghidangkan menu sihat kepada anak-anak.
Selamat mencuba!
resepi yang sedap dan berkhasiat .. dapat elakkan diri dari berasa mengantuk ketika di sekolah..
Buat pancake paling simple dan sangat ssuai untuk sarapan
betul, memang banyak sangat junk food dekat sekolah. Even makanan diorang provide dekat sekolah pun tak berapa menyihatkan.
Tasty and yummy…