Ramai di kalangan Penjawat Awam tidak mengetahui, atau baru tahu bahawa terdapat satu elaun yang diberikan kepada Penjawat Awam iaitu Elaun dan Kemudahan Kerana Berpindah Rumah (Elaun Berpindah).

Inilah salah satu kelebihan kepada penjawat awam, bila berpindah rumah akan diberikan elaun, namun begitu ia tertakluk kepada keadaan berikut:

  • berpindah dari rumah sendiri/ rumah sewa/ Rumah Kerajaan ke Rumah Kerajaan atau rumah yang sewanya dibayar oleh Kerajaan dan sebaliknya atas arahan pihak berkuasa tertentu;
  • berpindah ke rumah sendiri yang dibeli di bawah kemudahan pinjaman perumahan yang ditentukan oleh Kerajaan; atau
  • berpindah atas sebab luar kawalan seperti yang berikut:

i. bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran,
rumah runtuh dan sebagainya; atau
ii. pengambilan balik tanah (tapak rumah) oleh Kerajaan atau
pihak lain yang telah dibenarkan oleh Kerajaan.

Sekiranya anda tergolong dalam salah satu kategori di atas, maka anda layak untuk momohon elaun berpindah. Kategori yang selalu dimohon adalah kategori berpindah ke rumah sendiri, rumah sendiri tersebut pula adalah menggunakan pembiayaan dari LPPSA.

Rumah tersebut juga mestilah didiami, tidak boleh sekadar anda membeli sahaja tetapi belum mendudukinya lagi.

Tuntutan Elaun Berpindah yang telah lengkap dan disahkan oleh Ketua Jabatan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada tiga (3) bulan dari tarikh perpindahan rumah dilaksanakan. Borang tuntutan adalah seperti di Lampiran B-2. (Download borang di sini: https://t.me/pendidik2u/6498 )

Berapakah jumlah elaun yang layak diberikan kepada mereka yang memohon? Anda boleh rujuk jadual di bawah untuk melihat berapakah kelayakan bagi anda:

Berdasarkan jadual berikut, boleh dilihat mengikut kategori yang dipaparkan, sama ada bujang atau berkeluarga, semenanjung atau Sabah/ Sarawak. Kebiasaannya seorang cikgu mula membeli rumah sendiri di awal perkhidmatan, DG41, sekiranya sudah berkeluarga layak untuk jumlah RM1042.00/ RM1444.00. 

Semoga info dan maklumat ini dapat membantu dan memberi pencerahan kepada Penjawat Awam khususnya kepada mereka yang telah membeli rumah dan  akan berpindah tidak lama lagi.

Sumber Rujukan: PEKELILING KADAR DAN SYARAT TUNTUTAN ELAUN, KEMUDAHAN DAN BAYARAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM KERANA BERTUKAR/ BERPINDAH RUMAH PERBENDAHARAAN MALAYSIA (BERKUAT KUASA 1 APRIL 2022)